Tiada lagi kuota haji untuk menteri dan Ahli Parlimen
KUANTAN – Kerajaan memutuskan tidak lagi memberi kuota haji khas kepada menteri dan Ahli Parlimen bagi membolehkan lebih ramai rakyat dapat menunaikan ibadah itu pada masa akan datang. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh, berkata menjadi amalan kerajaan terdahulu untuk memberikan kuota haji ini kepada ahli politik sehingga mengakibatkan ada […]
Pelantikan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua YADIM
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertuanya yang baharu Dua tokoh pendakwah bebas, Ustaz Haji Nik Omar Nik Abdul Aziz dan Ustaz Haji Zolkharnain Abidin masing-masing dilantik sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkuatkuasa 1 Disember lalu. Pelantikan mereka adalah […]
PTPTN perlu masa kaji semula kaedah bayaran balik pinjaman
KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memerlukan tempoh enam hingga 12 bulan bagi mengkaji semula pelaksanaan kaedah baharu bayaran balik pinjaman pendidikan. Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata tempoh itu diperlukan bagi mendapatkan formula baharu kaedah pembayaran pinjaman melalui perbincangan dengan pihak berkepentingan serta mengambil kira maklum […]
Penceramah khuatir disekat masuk TV, menteri nafi ada sekatan
PETALING JAYA – Seorang penceramah agama khuatir dia dan beberapa penceramah lain tidak dapat bersiaran di televisyen dan radio dengan kerap, sambil menunjukkan senarai penceramah yang tidak digalakkan bersiaran. Syed Mohd Bakri Syed Ishak, bekas peserta pertandingan rancangan agama di televisyen, mendakwa sumber dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan senarai itu sebaran daripada jabatan […]
Jadikan Malaysia negara membaca menjelang 2030
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menjadikan tempoh masa 10 tahun iaitu dari tahun 2021 sehingga 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan. Menterinya Dr Maszlee Malik, berkata ia sebahagian usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030. Beliau berkata, kempen itu yang akan dilancarkan tahun depan, bertujuan membentuk masyarakat ilmu bertaraf dunia dengan tumpuan […]
205 orang sertai Kem Khalifah Muda di Balik Pulau
BALIK PULAU – Bertempat di kem Program Latihan Khidmat Negara White Resort, Balik Pulau di sini pada 24 dan 25 Novembr lalu, telah berlangsung Kem Khalifah Muda 2018 yang telah disertai seramai 205 peserta. Ia merupakan anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Sekolah Latihan Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Alor Setar, Kedah. […]
Apa punca kematian kanser meningkat di Malaysia?
KUALA LUMPUR – Malaysia adalah antara negara sedang membangun yang pesat berkembang dengan pelbagai kemudahan kesihatan moden termasuk mempunyai pusat kanser yang canggih. Bagaimanapun apa yang menyedihkan ialah kadar kematian akibat kanser dianggap masih tinggi. Kadar kematian akibat kanser iaitu 61 peratus mencetuskan anggapan bahawa rawatan kanser di negara ini tidak mendatangkan hasil yang baik, […]
Mujahid tidak hirau kritikan, tetap teruskan rancangan pulihkan TH
SEPANG – Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata beliau tidak hirau dengan sebarang kritikan dan tetap akan meneruskan rancangannya dalam memulihkan Lembaga Tabung Haji (TH) selepas dilaporkan mengalami defisit RM4.01 bilion, tahun lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata penafian bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkenaan defisit itu […]
Kouta haji 2019 kekal 30,200 orang
SEPANG – Kouta haji untuk musim tahun depan kekal sebanyak 30,200 jemaah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menjelaskan, namun pihaknya telah mengemukakan permohonan agar kouta haji itu ditambah memandangkan jumlah penduduk rakyat Malaysia kini meningkat sebanyak 31 juta. “Perkara itu saya maklumkan dalam kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi […]
Program Pengurusan Jenazah untuk pembantu makmal
PORT DICKSON – Pasukan Sukarelawan Al Falah (SAF) Negeri Sembilan baru baru ini telah menganjurkan Program Pengurusan Jenazah, Kelab Sains dan Inovasi Daerah Port Dikson pada 29 November lalu di sini. Program yang mendapat kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson itu telah disertai oleh seramai 60 orang peserta, yang terdiri daripada pembantu makmal sekolah […]