Negara rugi RM47b disebabkan rasuah
KUALA LUMPUR – Malaysia mengalami ‘kerugian’ RM47 billion daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) sepanjang tahun lepas disebabkan gejala rasuah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata, amaun yang hampir sama, yakni nilai sekitar empat peratus daripada KDNK dicatatkan hilang disebabkan rasuah setiap tahun sejak 2013 menurut Transparency International Malaysia. […]
‘Pilot Project’’Cuci Cuci di Negeri Sembilan
MAMBAU – Surau Ar Raudhah di Taman Kelab Tuanku di sini, telah dipilih sebagai lokasi pertama program Cuci Cuci Sukarelawan Al Falah (SAF) Negeri Sembilan. Seramai 10 anggota SAF Negeri Sembilan serta kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah melakukan kerja kerja pembersihan surau pada 9 Disember lalu. Usaha dakwah komuniti ini adalah program kerjasama […]
Dibenar merokok 3 meter dari kedai makan, restoran
KUALA LUMPUR – Perokok masih boleh merokok di tempat awam apabila larangan merokok di kedai makan dan restoran terbuka berkuat kuasa tahun depan. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata bagaimanapun larangan merokok itu menyatakan perokok hanya dibenarkan merokok di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka. Katanya, peraturan […]
‘Jaga ungkapan ketika berbicara tentang Nabi SAW’
SHAH ALAM – Sesiapa yang ingin berbicara tentang Nabi Muhammad SAW dinasihatkan agar menjaga ungkapan yang digunakan dan menyemak nas dan riwayat dengan teliti. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berhati-hati apabila berbicara tentang Nabi Muhammad SAW, ada akidah yang mesti kita percaya, bahawa baginda hanya berjanji apa yang ALLAH khabarkan kepada […]
RTM Jawab Isu Senarai Penceramah Agama Disekat Muncul Di TV, Radio
KUALA LUMPUR – Jabatan Penyiaran Malaysia menjelaskan bahawa setiap penceramah yang dipilih untuk bersiaran di Radio Television Malaysia (RTM) perlu mendapat tauliah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Justeru, surat berkaitan senarai nama penceramah atau asatizah untuk rancangan keagamaan (Islam) di RTM yang tular di media sosial itu hanya bertujuan memaklumkan mengenai cadangan penceramah yang […]
KKM senarai 20 penceramah isi slot rancangan Islam dalam RTM
KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyenaraikan sebanyak 20 orang penceramah yang akan dimasukkan ke slot rancangan keagamaan (Islam) Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk siaran televisyen dan radio. Dalam sekeping surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan kepada menteri di kementerian itu, Gobind Singh Deo memaklumkan, 20 orang penceramah itu turut diterima Pegawai Tugas-Tugas Khas […]
Jangan jadikan Tabung Haji mangsa pemikiran perkauman
PULAU PINANG – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tidak seharusnya dijadikan mangsa pemikiran rasis menerusi Petisyen Membantah Lembaga Tabung Haji di Bawah Lim Guan Eng dan Kementerian Kewangan yang dilancarkan semalam menerusi Internet. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, ini kerana langkah meletakkan Tabung Haji di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (BNM) […]
Adib tenat, mohon doa rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR – Kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, bulan lalu semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lalu. Institut Jantung Negara (IJN), dalam kenyataan berhubung perkembangan terkini Muhammad Adib, berkata selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru […]
70,000 mohon masuk MRSM, kuota hanya 7,760
KULIM – Sebanyak 70,000 permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi sesi pembelajaran tahun hadapan telah diterima sehingga tarikh tutup permohonan, 4 Disember lepas. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, jumlah itu adalah besar berbanding kuota maksimum 7,760 yang boleh ditawarkan di 54 buah MRSM seluruh negara. […]
34 Klinik 1Malaysia ditutup kerana tidak penuhi syarat
IPOH – Keputusan untuk menutup 34 buah Klinik 1Malaysia diambil setelah mendapati operasi klinik itu tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan itu juga bukan dilakukan secara terburu-buru sebaliknya perbincangan terperinci telah dijalankan dengan setiap Jabatan Kesihatan negeri. Malah katanya, mana-mana klinik yang terletak di […]