YADIM sebar Rahmattan Lil Alamin

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan berperanan dan bertanggungjawab menyebarkan konsep Rahmattan Lil Alamin, kata Yang Dipertuanya, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz. Menurutnya, ia selari dengan hasrat kerajaan yang mahu mengaplikasikan konsep tersebut dalam urusan pentadbiran negara. “Dalam pentadbiran , kita akan saling menasihati sesama agensi, kerajaan memang mahu […]

RAKAMAN TAKZIAH

Saya bagi pihak Yang Dipertua serta seluruh warga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merakamkan takziah kepada Yang Berhormat Hj Mohd Anuar Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya atas berpulangnya ke Rahmatullah bonda beliau pada hari ini. Semoga Allah mengampuni Almarhumah, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama-sama para solihin. Kepada seluruh ahli keluarga almarhumah, semoga […]

Bukan Bumiputera dialu-alukan sertai TUDM

IPOH – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) giat mempromosi pengambilan calon bukan Bumiputera bagi menarik lebih ramai golongan itu menyertai pasukan berkenaan. Panglimanya, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata pihaknya giat mengadakan pelbagai strategi pemasaran bagi mendorong pembabitan golongan itu untuk memilih kerjaya sebagai anggota TUDM. Katanya, pembabitan calon bukan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak […]

Makanan halal penekanan utama program Food Bank Malaysia

PULAU PINANG – Makanan halal kepada penerima program Food Bank Malaysia merupakan salah satu daripada komponen penting dalam undang-undang khas bagi melindungi penyumbang serta penerima bantuan program berkenaan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana soal makanan halal amat sensitif kepada masyarakat negara ini dan menjadi […]

Dr M keluh sekolah kebangsaan lebih tekankan agama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengeluh sekolah kebangsaan lebih tekankan mata pelajaran agama, menyebabkan lepasan sekolah kurang mengetahui pelajaran yang berguna untuk pekerjaan. Berucap kepada alumni Kolej Sultan Abdul Samad malam tadi, Dr Mahathir berkata mutu pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan menurun, antaranya kerana kualiti guru dan kurikulum yang gagal […]

Perjelas Islam yang sebenar

PUTRAJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berbahagia Ustaz Haji Nik Omar Nik Abdul Aziz memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Islam yang sebenar dijelaskan kepada rakyat. “Ia (Islam yang sebenar) berdasarkan kepada Al Quran dan hadis sahih, sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhamad SAW,” kata beliau. Nik Omar berkata […]

Orang ramai disaran ikuti panduan penggunaan elektrik sebelum bercuti

KUALA LUMPUR – Orang ramai digalakkan untuk mengamalkan beberapa panduan penggunaan elektrik yang praktikal dan bijak tenaga sebelum meninggalkan kediaman masing-masing sempena cuti perayaan Krismas dan akhir tahun. Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dalam satu kenyataan berkata, terdapat beberapa panduan praktikal dan mudah yang boleh diguna pakai oleh orang ramai bagi memastikan peralatan elektrik di rumah […]

NACP dilancar 31 Januari

PUTRAJAYA – Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang bertujuan menangani isu-isu governans, integriti dan antirasuah secara menyeluruh akan dilancarkan pada 31 Januari tahun depan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moahamad. Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Negara (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, perkara itu merupakan satu daripada 61 inisiatif yang sedang […]

Nik Omar mula tugas di YADIM

PUTRAJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu, Nik Omar Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Zolkharnain Abidin secara rasminya memulakan tugas mereka hari ini. Kedua-duanya tiba di ibu pejabat YADIM di sini pukul 9.45 pagi dan disambut oleh barisan kepimpinan YADIM sebelum dibawa beramah mesra dengan kakitangan YADIM. Selesai acara simbolik mengetik […]

SPRM sangkal dakwaan terima arahan “butakan mata” kes TH

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal dakwaan kononnya suruhanjaya itu telah menerima arahan untuk ‘membutakan mata’ terhadap bukti serta mengugut saksi dalam siasatan kes melibatkan seorang pegawai kanan Lembaga Tabung Haji. Dalam satu kenyataan, SPRM menegaskan bahawa pihaknya sentiasa bersikap profesional dan mengikut ‘rule of laws’ semasa menjalankan siasatan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana […]