Tiada ruang untuk berita palsu, mesej jahat dalam Malaysia Baharu

PETALING JAYA: Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja mengancam keharmonian dan keamanan negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kestabilan dan keamanan yang dikecapi selama ini perlu dikekalkan sejajar dengan semangat Malaysia Baharu. “Dalam Malaysia baharu, tiada tempat untuk berita palsu dan penularan mesej bersifat jahat yang […]

Anugerah Adib bagi mengenang ‘wira merah’

KUALA LUMPUR – ‘Anugerah Adib’ dicadang diwujudkan sebagai tanda penghargaan jasa dan pengorbanan ‘wira merah’ itu merungkai pergolakan susulan rusuhan kuil di Seafield, pada 27 November lalu. Ahli Parlimen Iskandar Puteri,Lim Kit Siang, ketika menyuarakan cadangan itu berkata penganjuran pemberian anugerah secara tahunan itu akan disampaikan kepada individu yang menyumbang kepada pembangunan dan perpaduan masyarakat. […]

Tolak cadangan wanita Islam sertai ratu cantik di Sabah

KOTA KINABALU -Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sabah menolak cadangan Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Unduk Ngadau Pesta Kaamatan peringkat negeri supaya wanita Islam di negeri ini dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik pesta berkenaan. Pengarah Yadim Sabah Samin Ongki berkata Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Sabah serta fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah dengan jelas menyebut larangan wanita […]

Harga petrol lebih rendah 1 Januari

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menyela­raskan harga runcit pro­duk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Januari depan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini berikutan penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara bulanan dan sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini. Menurutnya, langkah itu memberikan kelebihan kepada pengguna sekiranya […]

Ucapan Krismas harus ikut garis panduan, kata Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum kepada orang Islam mengucapkan selamat hari Krismas atau Merry Christmas, dan ucapan-ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat kepada penganut Kristian sempena sambutan Krismas, adalah harus dengan mengikut garis panduan tertentu. Antara garis panduan umum tersebut ialah sesuatu ucapan itu diberikan apabila wujud keperluan bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku […]

Rusuhan: Presiden Persatuan India Malaysia didakwa

PETALING JAYA – Enam lagi lelaki, termasuk Presiden Persatuan India Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pelbagai pertuduhan berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor, menjadikan jumlah yang didakwa seramai 24 orang. M Manimaran, 38, dan 5 yang lain bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadap mereka dibacakan […]

Mufti cadang pendidikan wajib 6 tahun di sekolah pupuk perpaduan

PETALING JAYA – Dengan berkata kurangnya “pengalaman bersama” dalam kalangan anggota komuniti yang berbeza, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa kerajaan mewajibkan rakyat Malaysia mengikuti pendidikan 6 tahun pertama di sekolah kebangsaan. “Ketiadaan persamaan dari sudut latar pendidikan dan pengalaman bersama semasa awal, menjadikan emosi permusuhan lebih cepat berkembang dibandingkan emosi persahabatan,” […]

Malaysia kekal pasaran pesat membangun pilihan pelabur

KUALA LUMPUR – Malaysia masih merupakan pasaran pesat membangun pilihan pelabur, walaupun kadar aliran masuk bersih asing kini perlahan, kata seorang ahli akademik. Pakar geostrategik Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, pada 2019 MIDF Amanah Investment Bank Bhd mendapati Malaysia mencatatkan kadar pengaliran wang keluar kedua terendah daripada 7 negara di Asia yang […]

Kembalikan MRSM, SBP kepada tujuan asal penubuhan

KUALA LUMPUR – Tujuan asal penubuhan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk membantu golongan berpendapatan rendah perlu dikekalkan dan tidak sepatutnya kedua-dua sekolah itu berubah menjadi sekolah ‘anak golongan berada’. Sehubungan itu, pemilihan pelajar ke sekolah elit itu sepatutnya tidak hanya bersandarkan kecemerlangan akademik, tetapi latar belakang serta pendapatan keluarga […]

Indonesia dilanda tsunami lagi

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh manakala 584 cedera selepas tsunami melanda bahagian pantai di sekitar Selat Sunda. Agensi pengurusan bencana Indonesia seperti dipetik oleh BBC sebagai berkata, dua orang dilaporkan hilang dan berpuluh bangunan musnah. Menurut agensi terbabit, tsunami terbabit berpunca daripada tanah runtuh yang terjadi di bawah laut selepas Gunung Berapi Krakatoa meletus. […]