Induksi Sahabat YADIM UiTM

SHAH ALAM – Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SY) Universiti Teknologi MARA (UiTM) baru baru ini telah menyertai satu program induksi yang bertujuan melatih dan mendedahkan ahli ahlinya dengan keperluan ciri ciri kepimpinan. Seramai 29 orang SY telah menyertai Program Induksi Pimpinan Sahabat YADIM UiTM 1.0 pada 14 Oktober 2018 yang diadakan di Dewan Muktamar […]

Ceramah Perdana Surau Al Makmur

KUALA LUMPUR – Bahagian Pembangunan Ummah (BPU) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 14 Oktober lalu telah mengadakan program Ceramah Perdana bersempena dengan sambutan Maal Hijrah. Program yang dilaksanakan di Surau Al Makmur, Jalan Kuchai di sini turut menampilkan Pencetus Ummah Izzat Fathi Hisham sebagai penceramah utama. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan apabila kira kira […]

Rasuah hampir tiada

KUALA LUMPUR – Gejala rasuah di dalam negara hampir tiada, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, kerajaan mendapati syarikat-syarikat dan peniaga-peniaga sudah tidak lagi merungut atau cakap-cakap belakang mengenai amalan rasuah dalam kerajaan sekarang. “Dan kalau kita pergi ke luar negara tiada lagi orang akan bertanya apa jadi dengan negara kamu? Dengan menukar […]

TMJ pecah tanah projek Rumah Impian Bangsa Johor Mersing

MERSING – Penduduk di daerah ini mendapat hadiah istimewa apabila kira-kira 1,000 unit rumah pelbagai jenis akan dibina selepas majlis pecah tanah Rumah Impian Bangsa Johor Mersing di Kampung Sri Pantai di sini, hari ini. Majlis pecah tanah disempurnakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Rumah Impian Bangsa Johor Mersing antara projek dinaungi […]

Sheikh Universiti Al-Azhar kagum demokrasi Malaysia

SEPANG – Sheikh Universiti Al-Azhar, Prof Dr Ahmed Muhammad El Tayyib melahirkan rasa kagum dengan proses perpindahan kerajaan Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 yang berlaku tanpa suasana huru-hara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata perkara itu disampaikan semasa pertemuan bersama Ahmed di Universiti Al-Azhar, Kaherah kelmarin semasa lawatan […]

Naikkan cukai orang kaya

KUALA LUMPUR – Jurang pendapatan antara orang kaya dan miskin masih lagi menjadi satu isu yang sukar ditangani, malah meningkat dua kali ganda berbanding dua dekad lalu, menurut Laporan Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza. Laporan itu yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) minggu lalu menunjukkan walaupun krisis ekonomi pada 1987 dan kemudiannya krisis kewangan […]

Malaysia terus desak Laut China Selatan kekal bebas

SINGAPURA – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, Malaysia akan terus mendesak supaya Laut China Selatan dikekalkan sebagai zon yang bebas daripada sebarang persaingan dan peningkatan ketenteraan. Bercakap kepada Bernama, Mohamad berkata, desakan itu akan terus dilakukan walaupun kuasa-kuasa besar Amerika Syarikat dan China memberi jaminan akan menjadikan laluan antarabangsa itu kawasan yang selamat. Kebimbangan tercetus […]

Tak mahu murid bawa beg macam pramugari

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan mendapatkan usaha pegawai-pegawai kementerian untuk menjalankan kajian terperinci supaya meringankan berat beg sekolah bermula tahun depan. Menterinya Dr. Maszlee Malik berkata, langkah drastik itu perlu untuk memastikan anak anak tidak dibebani beg sekolah berat yang perlu ditarik ke sekolah setiap hari. “Saya tak nak anak-anak jadi seperti pramugari bawa beg […]

Menteri Pendidikan gesa semarak semula tulisan jawi

MUAR – Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menggesa semua pihak menyemarakkan semula tulisan jawi dalam kalangan masyarakat di negara ini. Ini kerana, katanya, terdapat lebih 10,000 manuskrip Melayu klasik bertulisan jawi dalam pelbagai bidang di pelbagai institusi dalam dan luar negara termasuk di England, Belanda, Amerika Syarikat, Rusia, Jerman, Perancis dan India. Beliau berkata, penyelidikan terhadap […]

Bayaran balik PTPK dicadang RM100 sebulan – Kula Segaran

LUMUT – Kementerian Sumber Manusia bercadang untuk menetapkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sebanyak RM100 sebulan, kata menterinya M. Kula Segaran. Beliau berkata cadangan itu bertujuan mengatasi isu pembiayaan pinjaman selain memberi peluang kepada lebih ramai pelajar melanjutkan pengajian di pusat bertauliah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) awam dan swasta di […]