Peperiksaan murid tahun 1 hingga 3 dimansuh mulai tahun depan

KUALA LUMPUR – Peperiksaan bagi murid Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) akan dimansuhkan dan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun depan. Perkara itu dinyatatakan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di laman Twitternya. Tinjauan MalaysiaGazette di laman Twitter mendapati para netizen mengalu-alukan perubahan tersebut yang menurut mereka mampu mengurangkan beban murid-murid […]
Jakim jadi kementerian?

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk menjadikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebuah kementerian memerlukan kajian yang mendalam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, ia perlu dilakukan bagi meneliti fungsi dan peranan Jakim dengan mengambil kira semua aspek diperlukan selari dengan pembaharuan yang sedang dan akan dijalankan kerajaan serta tidak […]
Portal cari jodoh pertama agensi kerajaan dilancar

IPOH – Portal mencari jodoh, Cinta Sakinah yang dibangunkan bagi membantu individu sukar mendapat pasangan berkahwin dilancar di sini. Pelancaran cintasakinahjaipk.perak.my itu juga menjadikan laman sesawang berkenaan yang pertama di negara ini diuruskan sepenuhnya oleh agensi kerajaan, Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) bersama KPerak. Pengarah Jaipk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pengisian portal berkenaan disusun […]
Tekanan daripada isteri antara punca rasuah

KUALA LUMPUR – Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Seri Akhbar Satar menggariskan empat punca menyebabkan seseorang individu itu melakukan amalan rasuah. Punca berkenaan adalah kemampuan, peluang, rasionalisasi, dan tekanan. Malah, tegasnya, tekanan itu boleh datang daripada seorang isteri. “Berdasarkan fourth theory, ada sebab berlakunya rasuah. Antaranya, pertama, peluang. Kedua rasionalisasi. Ketiga, tekanan. Biasanya tekanan daripada […]
JAKIM komited laksana program bimbingan

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terus komited untuk melakukan usaha penerangan dan bimbingan melalui seminar dan program Mukhayyam dalam memberikan intervensi kerohanian kepada komuniti LGBT yang ingin mendapatkan bimbingan. Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial Dan Komuniti JAKIM, Mohd Izwan Md Yusof menjelaskan, Gay menurut definisi oleh Blanch Consulting, adalah […]
Kelantan banteras LGBT, Syiah

KOTA BHARU – Kerajaan negeri tetap akan membuat pemantauan dan operasi di premis bagi membendung aktiviti tidak sihat seperti LGBT dan ajaran syiah di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, sehingga kini masalah melibatkan isu LGBT di negeri ini masih lagi terkawal hasil usaha pencegahan […]
Raja Salman undang Dr Mahathir ke Arab Saudi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima surat peribadi daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud untuk mengundang beliau ke negara itu dalam masa terdekat. Surat tersebut disampaikan oleh utusan khas Raja Salman, Turki Mohamed Fahd Al Saud dalam satu pertemuan di Perdana Putra di sini. Menteri Luar Datuk […]
Empat beradik daripada empat madu cemerlang

KOTA BHARU – Empat beradik daripada empat ibu berbeza melakar sejarah apabila berkongsi pentas sama dan menerima Diploma Perakaunan dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke-89, semalam. Lebih membanggakan, Ayu Syaheera Zulkepli, Juliana Aziera, Zul Azril dan Zul Azrul yang kesemuanya berusia 21 tahun, menerima anugerah naib canselor dan diploma kelas pertama. Empat beradik […]
Hina Rasulullah bukan hak kebebasan bersuara

STRASBOURG (PERANCIS) – Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) memutuskan bahawa adalah menjadi satu kesalahan memfitnah Nabi Muhammad SAW. Ia juga menyatakan bahawa perbuatan atau aktiviti memfitnah Rasulullah melangkaui had kebebasan berucap. ECHR membuat keputusan itu ketika mengekalkan sabitan bersalah seorang wanita Austria kerana menggelar Nabi Muhammad SAW fidofilia. Wanita berusia lewat 40-an hanya dikenali […]
PM jamin perubahan dasar tidak memudaratkan pelabur

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa sebarang perubahan dasar yang dibuat oleh kerajaan tidak akan memudaratkan pelabur-pelabur. Beliau berkata, kerajaan kini sedang menyusun semula keupayaan kewangan negara sebagai persediaan dalam menghadapi pergolakan kewangan global pada masa hadapan. Katanya, semua langkah-langkah itu akan dimasukkan ke dalam bajet yang akan dibentangkan […]