Mujahid jumpa NGO 7 November

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan rundingan meja bulat bersama wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membincangkan cadangan kerajaan untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, rundingan tersebut akan diadakan pada 7 November ini di […]
Azmin beri jaminan Putrajaya tak kembalikan GST

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali memberi jaminan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengembalikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) seperti cadangan Barisan Nasional dalam bajet bayangan mereka yang dibentangkan hari ini. “Di sini tidak timbul soal pelaksanaan semula GST. Kita putuskan GST dimansuhkan dan SST (cukai jualan dan perkhidmatan) […]
Bukan semua nilai baik global sesuai untuk Malaysia

BANGI – Panel Hak Asasi Manusia – Majlis Dakwah Negara (MDN) mengingatkan kerajaan Malaysia supaya menangani apa-apa isu sensitif dengan penuh kebijaksanaan, termasuk konvensyen yang hendak diguna pakai di negara ini. Pengerusi Panel Hak Asasi Manusia MDN, Profesor Datuk Dr Torla Hassan menegaskan, tidak semua nilai yang dilihat baik pada peringkat global perlu ditanam di […]
Tindakan tegas sebar doktrin Syiah

KUALA LUMPUR – Kerajaan peka dan memandang serius penyebaran mana-mana doktrin yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah, termasuk fahaman Syiah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 2 dan 3 Mei 1996, menetapkan umat Islam Malaysia hendaklah hanya […]
Cukai baharu diumum esok

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengumumkan satu cukai baharu yang dijangka tidak membebankan rakyat dalam pembentangan Bajet 2019, esok, 2 November. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, hasil cukai tersebut akan digunakan kembali bagi tujuan kepentingan rakyat dan mengurangkan beban untuk membayar balik hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu. “Maklumat lanjut berkaitan cukai ini […]
YADIM pelawa belia sertai FMD

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mempelawa individu berkebolehan dan memenuhi ciri ciri bersesuaian untuk menjadi Felow Muda Dakwah yang kini dibuka untuk permohonan. Untuk pengambilan kali ini, individu yang berminat mestilah mempunyai latar belakang agama, petah berkata kata, mempunyai ciri-ciri pemimpin, boleh menulis secara kreatif selain berusia 22 hingga 30 tahun. Kelayakan minima adalah […]
Pegawai operasi kanan Al-Qaeda antara 5 ditahan

KUALA LUMPUR – Rancang jadikan Malaysia sebagai pangkalan bagi mengumpulkan dana dan merancang serangan di negara ketiga untuk mengaktifkan semula Al-Qaeda. Itu dikhuatiri dilakukan seorang daripada lima suspek pengganas yang ditahan bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi di ibu negara, Selangor, Perak dan Sabah bermula 13 Oktober hingga 26 Oktober […]
Merompak wang itu maksiat dan bala paling besar

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, perbuatan pemimpin merompak duit rakyat disifatkan sebagai maksiat paling besar pernah berlaku di negara ini. Menurut beliau, tindakan itu meninggalkan kesan dan sekaligus membawa kerosakan besar kepada negara. “Merompak duit itulah maksiat yang paling besar membawa kepada kerosakan, membawa kepada kehancuran […]
‘Terima kasih Dr Yusri Mohamad’

PUTRAJAYA – Dr Yusri Mohamad hari ini menamatkan perkhidmatannya sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) selepas 5 tahun berkhidmat di agensi dakwah ini. Beliau telah mengetik kad perakam waktu terakhirnya pada jam 1 tengahari ini, sebelum diraikan oleh pegawai dan kakitangan YADIM dalam majlis perpisahan ringkas dengan mengiringi beliau ke kenderaan untuk pulang. […]
Bowling YADIM Bersama Media

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sentiasa menjalan kerjasama dan sinergi dengan pelbagai pihak bagi memastikan usaha dakwah dan objektifnya tercapai. Ini termasuklah dengan organisasi organisasi media. Menyedari peranan media yang amat penting dewasa ini, YADIM telah menganjurkan program Bowling YADIM Bersama Media dengan kerjasama Kelab Media Putrajaya pada 26 Oktober lalu bertempat di […]