Sanjungan Budi Lambaian Kasih

PUTRAJAYA – Sebagai mengenang jasa dan mengucapkan selamat berjaya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (8 November ) menganjurkan majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih khusus untuk Mantan Yang Dipertua serta Timbalan Yang Dipertuanya. Dr Yusri Mohamad dan Ustaz Zaidi Ramli telah diraikan dalam satu majlis sederhana tetapi bermakna di bilik Latihan YADIM di sini. […]
Bekas suami gagal bayar nafkah bakal berdepan sekatan bank

PUTRAJAYA – Bekas suami yang gagal membayar nafkah kepada anak-anak dan bekas isteri bakal berdepan tindakan sekatan bank. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) telah mengadakan perbincangan untuk melaksanakan tindakan berkenaan dalam usaha memperkasakan penguatkuasaan terhadap mereka yang ingkar perintah mahkamah. Menurut beliau, […]
Edar Bible depan sekolah bukan jenayah – MAINPP

PULAU PINANG – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak bercadang membuat laporan polis berhubung tindakan beberapa individu yang didakwa mengedar kitab Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam di sini yang tular baru-baru ini. Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, ini kerana perbuatan berkenaan bukan kesalahan jenayah selain MAINPP sendiri […]
Jangan melampau buat andaian mengenai ICERD – Mujahid

KEPALA BATAS – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat andaian melampau membabitkan isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sehingga ia boleh mencetuskan persepsi negatif dan keretakan hubungan antara kaum. Ahli Parlimen Parit Buntar itu, berkata andaian yang mengatakan bahawa […]
Sekretariat Zenith senarai 8 tuntutan kepada UNHRC

GEORGETOWN – Sekretariat Zenith yang dianggotai tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggariskan lapan tuntutan yang akan diketengahkan dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang akan berlangsung di Geneva, Switzerland, Khamis ini. Sekretariat itu dianggotai Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM); Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia serta Gerakan Peguam Muda Muslim. Antara […]
Hebahan Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM di Selamat Pagi Malaysia

KUALA LUMPUR – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus mempromosikan program Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM (KKSY), menerusi pelbagai medium bagi memastikan ia mencapai impak maksimum Terbaharu hari ini (7 November), mereka bersiaran langsung menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia di Wisma TV, Angkasapuri, di sini. YADIM diwakili oleh Pengarah Bahagian KEMUDA, Ustaz […]
Aktivis PPIM terima ugutan

AMPANG – “Jangan menghalang dan masuk campur urusan S*******jika tak nak hidup susah”. Itu ugutan yang diterima seorang Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Mazlina Abu Bakar. Amaran itu ditulis di atas sehelai kertas dan dilekatkan bersama sebilah pisau selain tulisan berwarna merah yang bertulis “Warning” ditemui di pintu rumah wanita berkenaan di Bukit […]
Dasar Pandang ke Timur: Kerjasama dalam pendidikan dipertingkatkan

TOKYO – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia akan meneruskan Dasar Pandang ke Timur dan mempertingkatkannya. Perdana Menteri berkata, Malaysia juga berharap kerjasama yang lebih rapat daripada Jepun terutamanya dalam bidang pendidikan. Mahathir berkata, beliau percaya budaya dan nilai sistem masyarakat Jepun menyumbang kepada pemulihan negara itu selepas Perang Dunia Kedua dan keupayaannya untuk maju […]
ICERD ancam keamanan negara – Mufti Pulau Pinang

GEORGETOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan supaya tidak terburu-buru memuktamadkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Beliau berkata, kerajaan perlu mengkajinya dengan lebih mendalam dari segi kesan ke atas masa depan rakyat dan negara. Katanya, walaupun rakyat memahami hasrat kerajaan melakukan perubahan […]
Isu ICERD: Ummah jumpa Mujahid Rabu ini

SHAH ALAM – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Rabu ini bagi membincangkan isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Pengerusinya, Aminuddin Yahya berkata, pihaknya menerima jemputan itu hari ini untuk mengadakan perbincangan yang dijadualkan berlangsung jam 8.00 […]