Isteri Untuk Disewa : Surat terbuka Mufti Wilayah Persekutuan

Berikut merupakan keseluruhan surat terbuka yang dipetik dari Muftiwp.gov.my Mukadimah Alhamdulillah, kami rafa’kan segala kesyukuran kepada Allah atas pelbagai nikmat yang tidak terhitung kepada kita termasuklah negara yang aman dan makmur. Kami mengambil prihatin dan cakna akan lambakan drama yang berkonsepkan santai, isu-isu kekeluargaan dan percintaan mutakhir ini. Secara umumnya sebagai penonton, kita harapkan drama […]

Mufti tegur drama ‘Isteri untuk Disewa’

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkefli al Bakri menulis surat kepada Pengarah, Osman Ali berkenaan drama arahannya berjudul ‘Isteri untuk Disewa’. Drama Isteri untuk Disewa sebanyak 24 episod itu kini sedang ditayangkan di Asto Ria dan Ria HD setiap Isnin sehingga Khamis. Dr Zulkifli berkata, beliau berkesempatan menonton drama yang dilakonkan oleh […]

Wujud Enakmen Kawal Agama Bukan Islam

KUALA LUMPUR- Siasatan yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) terhadap beberapa individu yang didakwa mengedar kitab Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini hanya sia-sia. Bekas Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman berkata, JHEAINPP tidak boleh […]

Promosi Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM di IKIM.FM

KUALA LUMPUR – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini meneruskan promosi Konvensyen Sahabat YADIM (KKSY) 2018 di IKIM.FM Menerusi slot Hebahan di stesen radio Islamik nombor satu negara itu, Pengurus Besar Operasi YADIM, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin dan Eksekutif Kanan KEMUDA, Mohd Husnaini Mongin telah bersiaran selama setengah jam. […]

YADIM Pembentang Terbaik Anugerah Inovasi JPM 2018

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini telah dinobatkan sebagai pembentang terbaik dalam Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2018. Pengurus Besar Pentadbiran dan Kewangan YADIM, Tuan Redhauddin Kamaruzaman menerima anugerah berkenaan bagi pihak badan dakwah ini dalam satu majlis di Puspanitapuri di sini, yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Yang Berbahagia Datuk Seri […]

Tiada siapa mahu jejaskan Islam sebagai identiti negara

KUALA LUMPUR – “Tiada sesiapa mahu menggadaikan prinsip negara serta menjejaskan agama Islam sebagai identiti Malaysia”. Itu rumusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof selepas bertemu 34 orang yang mewakili 10 NGO Islam, wakil mahasiswa, ahli akademik dan peguam bagi membincangan isu berkaitan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum […]

5 warga Nigeria ditahan edar buku keagamaan

GEORGE TOWN – Tiga wanita dan 2 lelaki Nigeria ditahan kerana cuba mengedar buku keagamaan di tepi jalan Lebuh Carnavon, semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata mereka yang berumur 25 hingga 30 tahun itu ditahan ketika sedang mengedar buku bertajuk “Rhapsody Of Realities” di kawasan berkenaan kira-kira pukul 2.30 […]

Pusat Hemodialisis HTF, ikon wakaf kesihatan terbesar di Malaysia

KANGAR – Pusat Perkhidmatan Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, yang sedang dalam pembinaan, bakal menjadi ikon wakaf kesihatan iaitu bagaimana sumbangan oleh sesebuah masyarakat Islam itu, mampu memajukan sosio ekonomi ummah di negara ini. Pengurus Besar yang juga Ketua Pegawai Syariah Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Mohd. Nazri Chik berkata, pusat itu […]

Ratifikasi ICERD tidak belakangkan raja dan orang Melayu

KUALA LUMPUR – Usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak akan membelakangi Majlis Raja-Raja dan orang Melayu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy berkata, perkara tersebut sebaliknya akan dibuka kepada perbincangan bagi mengetahui pendapat dan isi hati masyarakat. Jelasnya, keputusan akhir berkenaan ICERD bergantung kepada pertemuan tersebut sebelum […]

Penerbit drama dinasihat rujuk pihak berkuasa agama

KUALA LUMPUR – Pihak penerbit filem atau drama dinasihat untuk merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab seperti pejabat mufti, jabatan agama mahupun ulama supaya bahan terbitan mereka tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, sekiranya dirujuk, pihaknya juga bersedia memberikan pandangan dan nasihat kepada pihak berkaitan […]