Hukuman mati 33 kesalahan dibawah lapan akta, dimansuhkan

KUALA LUMPUR – Kabinet telah memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan, termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, keputusan itu dicapai secara kolektif pada 10 Oktober lalu. Kata beliau, akta tersebut terdiri daripada Kanun Keseksaan (Akta 574), […]
Sultan Selangor dukacita ada pemimpin Islam sokong liberal

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyuarakan rasa dukacita apabila ada segelintir pemimpin Islam di negara ini menyokong tuntutan golongan liberalisme. Baginda bertitah, fahaman liberalisme jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar dan boleh memesongkan akidah. Titah baginda, fahaman negatif itu sepatutnya perlu segera ditangani dan dibenteras hingga ke akar umbi dengan mencari […]
FMD sedia pengalaman sebenar berdakwah

KUALA LUMPUR – Program Felow Muda Dakwah (FMD), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini diteruskan dengan siri ke sembilan pengambilannya, yang bertujuan melahirkan golongan pelapis pendakwah muda. Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan YADIM, Tuan Redhauddin Kamaruzaman berkata, sebagai produk ikon kepada badan dakwah ini, FMD telah melahirkan 214 orang barisan pelapis pendakwah negara, sejak dimulakan […]
Wujud mekanisme khas bantu tuntutan nafkah

PARIT BUNTAR – Kerajaan akan mewujudkan satu mekanisme baharu bagi membela golongan wanita yang ditindas untuk menuntut nafkah selepas diceraikan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Katanya, antara mekanisme itu ialah membolehkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menggunakan kaedah seperti menuntut caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan dari akaun […]
Dr Mahathir mahu Malaysia cipta dron buatan sendiri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Malaysia meneroka teknologi baharu, termasuk menghasilkan dron buatan sendiri dan industri kepintaran buatan. Beliau berkata, untuk mencapai status negara maju, Malaysia perlu menjadi pengeluar. “Saya harap kita, Malaysia, tidak akan terus-menerus menjadi pengguna produk keluaran orang lain. “Kita begitu ketinggalan dari segi itu kerana kita […]
Orang gila sokong ICERD – Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak yang menyokong Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diberi amaran supaya tidak sesekali mengaitkannya dengan Perlembagaan Persekutuan dalam perkara-perkara tertentu sahaja, bukan sepenuhnya. Pakar Perlembagaan Persekutuan, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, tindakan menggunakan hujah kesamarataan bagi meratifikasi konvensyen antarabangsa itu merupakan alasan paling tidak munasabah […]
Tolak jelajah Zakir Naik jika cetus kontroversi, kata pakar deradikalisasi

PETALING JAYA – Siri jelajah penceramah terkenal dari India, Dr Zakir Naik dan isteri beliau ke Perlis bulan depan perlu bebas daripada unsur kontroversi sehingga boleh menjejaskan keharmonian kaum, kata pakar anti keganasan. Pakar deradikalisasi di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata, jika jelajah itu diserapi unsur yang boleh mengugat keharmonian […]
Gabungan NGO Ahli Sunnah tolak LGBT

KUALA LUMPUR- Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ahli Sunnah menolak sebarang toleransi bagi mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia. Penegasan itu disuarakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan llmuan Malaysia (Ilmu), Ahmad Fazrin Yahya berikutan kelompok berkenaan yang semakin lantang dan berani menuntut pengiktirafan terhadap gaya hidup mereka. “Kami menyeru agar kerajaan tidak […]
Bakal haji harus sedia berdepan bencana

SEPANG – Pengendali kursus Ibadat Haji disaran supaya memberikan penerangan terperinci mengenai situasi sebenar dan cabaran yang bakal dilalui bakal-bakal haji semasa berada di Tanah Suci dalam kursus-kursus kendalian mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata gambaran sebenar termasuk kemungkinan bencana perlu diterangkan supaya bakal-bakal haji dan keluarga bersedia dengan […]
Brazil pertimbang hasrat pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

SAO PAULO – Hasrat Presiden Brazil, Jair Bolsonaro memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis bakal mencetuskan ketegangan diplomatik dengan negara Islam, yang mengancam pasaran syarikat pengeluar daging di negara itu. Brazil adalah pengeskport daging halal terbesar dunia – yang mematuhi standard piawaian pemakanan Islam – dengan AS$16 bilion dieksport ke pasaran Timur Tengah dan […]