Sultan berhak tegur isu Melayu, Islam

KUALA LUMPUR – Raja-raja Melayu berhak menegur mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya mempersoalkan segala perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sehingga boleh mempengaruhi pemikiran rakyat. Pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilihat penting sebagai pemerintah negeri demi keharmonian negara. “Sebagai pemerintah di Selangor, baginda sememangnya berhak menegur […]

Yadim cari 25 bakat baharu sertai Felo Muda Dakwah

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mencari 25 bakat baharu untuk menyertai latihan kepimpinan muda Islam menerusi program Felo Muda Dakwah (FMD) yang akan berlangsung pada Mac 2019. Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan Yadim, Redhauddin Kamaruzaman, berkata FMD merupakan program kaderisasi dan pembangunan belia Islam, bertujuan memberi pendedahan serta latihan sebelum melangkah ke […]

Majlis Profesor Negara akan jadi NGO

KUALA LUMPUR – Majlis Profesor Negara (MPN) yang telah dibubarkan selepas Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kerajaan akan berfungsi sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Sumber yang mengetahui perkara itu memberitahu MalaysiaGazette, dengan itu, MPN tidak lagi tertakluk di bawah mana-mana agensi kerajaan. Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas kertas cadangan yang dikemukakan bagi mengembalikan semula […]

Isu sentuh sensitiviti agama dibimbangi

KUANTAN – Isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama termasuk Islam kian membimbangkan dan boleh menggugat keharmonian yang dikecapi ketika ini. Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, jika berterusan berlaku, perkara berkenaan dibimbangi menggugat keharmonian agama di negara ini. “Islam mendidik umatnya supaya mengamalkan konsep saling bekerjasama, saling mempercayai dan saling bertoleransi antara satu […]

Cukai golongan kaya hanya cetus kejutan

KUALA LUMPUR -Pelaksanaan cukai kekayaan, warisan dan keuntungan modal yang menyasarkan golongan isi rumah berpendapatan tinggi 20 peratus (T20) bakal mengundang pelbagai kesan negatif. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata penetapan cukai untuk golongan kaya itu dikhuatiri mencetuskan kejutan terhadap pasaran modal dan kedudukan kewangan negara. Katanya, pendirian itu dikemukakan Jawatankuasa Reformasi Cukai yang ditubuhkan […]

Menteri nafi peruntukan Mara dipotong 50%

KUALA LUMPUR – Dakwaan pemotongan 50% peruntukan bagi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam Belanjawan 2019 adalah tidak benar, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun. Rina berkata malah agensi di bawah kementerian itu menerima peruntukan RM3.705 bilion bagi Belanjawan 2019. “Saya ada terbaca (dakwaan pengurangan bajet Mara). Terkejut sangat saya bila dikatakan peruntukan […]

Dr Mahathir selar Suu Kyi isu Rohingya

SINGAPURA – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi cuba ‘mempertahankan sesuatu yang mustahil’ berhubung dakwaan pembunuhan beramai-ramai dilakukan tentera negara itu ke atas minoriti Islam Rohingya. Ditanya selepas berucap di republik ini semalam, bagaimana Myanmar dan Suu Kyi menguruskan isu Rohingya, Dr Mahathir yang mengeluarkan […]

MDN bangunkan pelancongan ibadah.

JELI – Majlis Dakwah Negara (MDN) sedang dalam usaha membangunkan pakej pelancongan ibadah di daerah Jeli dan kawasan sempadan Malaysia- Thailand. Pengarah Kanan Sekretariat MDN, Kapten Shamsuddin Moner berkata, usaha berkenaan adalah berikutan dengan pengambilalihan Pusat Dakwah Jeli oleh MDN yang akan dibangunkan sebagai sebuah pondok moden. Beliau berkata, pusat berkenaan bukan sekadar menjadi pondok […]

Mufti Kelantan tolak segala isi kandungan ICERD

KOTA BHARU – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menolak sekeras-kerasnya segala isi kandungan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk diterima pakai di negara ini. Tegas beliau, realiti dan hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak bahawa amalan di negara ini ternyata berbeza dengan negara Barat. Malah, Mohamad Shukri menempelak sesetengah […]

KP SPRM malu mengaku rakyat Malaysia

PUTRAJAYA – Pelbagai skandal kleptokrasi yang melanda negara menyebabkan indeks persepsi rasuah (CPI) yang menunjukkan tren penurunan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull berkata, pada 2014 CPI negara mencatatkan 52 markah sahaja dan turun sehingga 47 tahun lalu. “Adakah indeks ini makin baik atau makin buruk, ini adalah fakta,” katanya. […]