Imam Besar Masjid Negara terima Ijazah Kehormat UniSZA

KUALA TERENGGANU – Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, 74, hari ini dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengajian al-Quran daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Ia sebagai pengiktirafan kepada sumbangan serta ketokohannya sepanjang 36 tahun dalam bidang musabaqah tilawah dan hafazan di negara ini. Pengurniaan anugerah itu disempurnakan oleh Sultanah Terengganu yang juga […]

Agenda lahirkan mahasiswa berjiwa dakwah akan diteruskan

KUALA SUNGAI BARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat untuk lebih aktif melahirkan mahasiswa berjiwa dakwah pada masa akan datang. Pengurus Besar Operasinya, Yang Berusaha Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin berkata, menerusi Bahagian Kepimpinan Mudanya, (KEMUDA) badan dakwah ini mempunyai cita cita untuk melihat lebih ramai golongan pelapis pendakwah melakukan kerja kerja dakwah di […]

Sambutan Maulidur Rasul 2018 Selasa ini di PICC

PUTRAJAYA – Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018 (1440 Hijrah) akan diadakan pada hari Selasa depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dekat sini. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dijadual menyempurnakan majlis sambutan Maulidur Rasul tersebut. Yang turut akan hadir, Perdana Menteri, Tun Dr. […]

Tekanan punca polis pencen awal

KUALA LUMPUR – Peningkatan mendadak sejak lima tahun kebelakangan ini berhubung trend anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersara awal daripada waktunya amat membimbangkan. Malah apa lebih merunsingkan antara punca tindakan anggota meninggalkan kerjaya tersebut termasuk tekanan kerja yang sehingga kini belum ada jalan penyelesaian terbaik menanganinya. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang […]

Pindaan 2 akta diharap tidak tutup keharusan kahwin bawah umur, kata peguam

PETALING JAYA: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengharapkan agar pindaan terhadap 2 akta yang dicadangkan oleh kerajaan tahun depan tidak akan mengharamkan atau menutup terus keharusan untuk berkahwin di bawah umur. Presiden PGSM Musa Awang berkata, ini kerana perkahwinan bawah umur masih boleh dibenarkan dalam keadaan khas. “Dengan mengambil kira aspek latar belakang, pendidikan, sosio-ekonomi, […]

Islam larang guna bitcoin bagi pelihara kemaslahatan umum

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpendapat hukum penggunaan mata wang bitcoin (mata wang digital) pada masa kini adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum. Menurutnya, secara jelas berdasarkan pandangan ulama dan sarjana Islam berkenaan bitcoin, didapati mata wang itu tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan dalam Islam apabila […]

Rundingan awal ICERD Januari depan

PUTRAJAYA – Sesi rundingan dan libat urus dengan pelbagai pihak berhubung hasrat kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan dimulakan Januari depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, berkata kerajaan masih tiada kata putus berhubung hasrat meratifikasi konvensyen berkenaan dan memaklumkan sesi berkenaan akan dimulakan Januari tahun depan […]

Mahkamah Persekutuan putuskan rayuan kes bin Abdullah minggu depan

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menetapkan Khamis depan untuk menyampaikan keputusan dalam kes rayuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan 2 pihak lagi, sama ada anak orang Islam yang dilahirkan luar nikah boleh dibinkan dengan nama bapanya dan bukan “Abdullah”. Ketika dihubungi hari ini, peguam Nizam Bashir yang mewakili pasangan suami isteri dan anak mereka dalam rayuan […]

Bukit Aman tahan 8 suspek pengganas

BANGI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap lapan suspek, termasuk seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, semua suspek berkenaan ditahan oleh Bahagian Menentang Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi antara 30 Oktober hingga 12 November lalu di Putrajaya dan Sabah. Dalam […]

Utamakan keadilan, bukan sama rata

PUTRAJAYA – Keadilan dalam sesuatu perkara hendaklah terlebih dahulu diutamakan berbanding hendak menyamaratakan semuanya. Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Profesor Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi dalam program Majlis Syarahan Perdana Kebangsaan :  Pendekatan Rahmatan Lil Alamin Dalam Konteks Masyarakat Majmuk di Malaysia di pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini hari […]