Fatwa terhadap Syiah boleh disemak semula
GEORGETOWN – Fatwa yang menetapkan Syiah sebagai ajaran menyimpang daripada Islam boleh disemak semula berdasarkan beberapa hujah selepas mengambil kira konsensus mengenainya hanya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata ia boleh dilakukan selepas mengambil kira amalan penganutnya yang dilihat masih berada dalam […]
Pemain takraw wajib tutup aurat
CYBERJAYA – Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan mewajibkan semua pemain lelaki dan wanita memakai pakaian menutup aurat ketika beraksi dalam semua kejohanan mulai April depan. Presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, pihaknya sentiasa menggalakkan semua pemain mengenakan pakaian menutup aurat seperti memakai ‘tight’ (lelaki) dan tudung (wanita) ketika menyertai mana-mana kejohanan sebelum ini. Justeru, Ahmad […]
Cuci Cuci Surau Ar Rahman
PUCHONG – Surau Ar Rahman di Puchong Prima di sini telah menjadi lokasi seterusnya program Cuci Cuci Surau Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Kali ini program ini adalah sinergi bersama dengan Muslim Volunter Malaysia (MVM) serta ahli jawatankuasa (AJK) surau berkenaan. Seramai 30 orang ahli MVM bersama AJK surau serta kakitangan Bahagian Khidmat Komuniti dan […]
Isu yang boleh timbulkan ketegangan kaum, tangguh dahulu
SHAH ALAM – Kerajaan sepatutnya menumpukan perhatian terhadap cara untuk mengukuhkan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang baharu sahaja memerintah sejak Mei lalu dan bukan perkara yang boleh menimbulkan ketegangan kaum. Oleh itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kerajaan dapat menangguhkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). “Saya tidak fikir kita harus terburu-buru […]
Hampir mustahil laksana ICERD
Papua New Guinea – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan perkara ini hampir mustahil untuk dilakukan. Perdana Menteri menegaskan, majoriti dua pertiga ahli Parlimen diperlukan untuk melaksanakan perkara itu. Ini katanya, hampir mustahil berikutan komposisi semasa ahli Dewan Rakyat daripada […]
YADIM sasar bina 40 telaga air
ALOR GAJAH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyasarkan pembinaan 40 telaga air di perkampungan saudara baharu di pedalaman Sabah Sarawak tahun depan. Pengurus Besar Operasi YADIM, Mohd Khairrul Fuad Samsudin berkata, pembinaan berkenaan membantu menyediakan keperluan asas seperti air bersih kepada golongan sasar selain memberi manfaat kepada orang bukan Islam. “Dengan adanya telaga ini […]
Khatan bayi perempuan tak sama dengan FGM
PUTRAJAYA – Amalan berkhatan umat Islam membabitkan bayi perempuan di negara ini berbeza dengan amalan pemotongan genitalia wanita (FGM) yang diamalkan dalam kalangan wanita di beberapa negara lain, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Berhubung kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa amalan khatan bayi perempuan sebagai pencabulan terhadap hak wanita, Dr Dzulkefly […]
Mengapa banyak hal ehwal Islam dipertikai?
SHAH ALAM – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan tindakan pihak yang mempertikaikan hal ehwal agama Islam sejak kebelakangan ini. Melalui catatan di Twitternya, Musa berkata hal ehwal dan cara hidup Islam kian sering dipertikaikan. “Mengapa kebelakangan ini bukan Islam banyak mempertikaikan perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal Islam dan cara hidup […]
Kerajaan perlu rujuk Majlis Raja-Raja sebelum ratifikasi ICERD
JOHOR BAHRU – Dewan Muda Johor (DMJ) membantah sebarang usaha untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). DMJ dalam satu kenyataan menggesa kerajaan untuk mengambil kira pandangan awam terutamanya orang Melayu dan Bumiputera sebelum meratifikasi konvensyen berkenaan. “Rujukan perlu dibuat kepada pakar-pakar Perlembagaan dan perundangan yang non-partisan, objektif serta berwibawa berkenaan […]
KUIM mahu lahir pendakwah muda
ALOR GAJAH – Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) berhasrat melahirkan pelapis pendakwah muda yang lebih berketrampilan dan holistik dalam menyampaikan dakwah Islam melalui kerjasama dengan institut pentadbiran Islam di negara ini. Naib Canselor KUIM, Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora, berkata kerjasama dengan pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) banyak membantu pelajar kolej universiti itu […]