Kontinjen YADIM di sambutan Maulidur Rasul Kebangsaan

PUTRAJAYA – Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 2018 di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah turut serta menghantar delegasi menyertainya. Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan YADIM terlibat dalam majlis tersebut yang bermula seawal jam 7 pagi. Dianggarkan lebih 3,000 peserta dari pelbagai agensi dan negeri […]

Wujudkan jawatan KSU dalam Jakim

KUALA LUMPUR.- Kerajaan dicadangkan mewujudkan jawatan ketua setiausaha (KSU) turus tiga dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai usaha meningkatkan tahap dan peranan institusi itu dalam menegakkan syiar Islam. Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN- Kuala Krau) berkata, jawatan KSU adalah lebih besar dan dapat memberi arahan kepada ketua-ketua pengarah lain. Selain mewujudkan jawatan itu […]

Waytha Moorthy akan dipanggil dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berhubung video tular mengenai wawancaranya di Belanda kira-kira 10 tahun lalu baru-baru ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan dalam masa terdekat. Beliau berkata […]

Guru Malaysia antara paling berdedikasi di dunia

KUALA LUMPUR – Bancian Pendidikan Global yang pertama kali diadakan mendapati guru di negara ini paling menyukai pekerjaan mereka dan antara golongan pendidik di dunia paling berdedikasi bagi memastikan pelajar mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Kumpulan pendidikan dari Penilaian Pendidikan Antarabangsa Universiti Cambridge yang menjalankan bancian itu berkata, sebanyak 70 peratus guru di negara ini […]

Jasmin ajak generasi muda buat #AzanChallenge

KUALA LUMPUR – Pelakon Jasmin Hamid berkongsi satu video laungan azan yang sangat merdu dari penyanyi Zamani di Instagram (IG) miliknya. “Allahuakhbar… kita selalu dengar penyanyi hanya menyanyi. Apa kata kita dengar mereka laungkan azan pula. Kalau boleh pukau pendengar dengan alunan suara merdu melalui nyanyian, mesti boleh laungkan azan yang merdu untuk panggil umat […]

Kementerian Pendidikan usaha peruntukan SAR, sekolah agama persendirian

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan mengusahakan sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama persendirian diberi peruntukan tambahan dalam Belanjawan 2019. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, dua jenis sekolah tersebut agak ketinggalan dalam belanjawan yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng awal bulan ini. “Di pihak Kementerian Pendidikan, kita akan bawa dalam belanjawan tambahan […]

Saman Mujahid, Kamarul Zaman selesai

KUALA LUMPUR – Tuntutan saman fitnah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa terhadap pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusof diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Ia berikutan Kamarul Zaman yang juga bekas Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) itu bersetuju memohon maaf dan […]

Pakistan mahu belajar daripada Malaysia

PUTRAJAYA – Pakistan menyatakan minat untuk belajar daripada Malaysia berhubung pelbagai perkara, khususnya dalam membangunkan ekonomi negara. Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berkata, beliau bersama delegasinya datang ke Malaysia untuk bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga seorang negarawan yang berjaya melakukan perubahan di Malaysia. “Kami sudah lama mengikuti perkembangan Malaysia. Kami mahu […]

Tidak perlu berhimpun bantah ICERD

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah, Khalid Samad, menegaskan tiada keperluan bagi perhimpunan membantah cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di mana-mana negeri. Ini kerana kerajaan masih belum memutuskan sama ada ingin meratifikasi konvensyen berkenaan sehingga ada pihak yang ingin mengadakan himpunan raksasa bagi membantah perkara itu. “Saya hairan mengapa ada […]

Nanti Cukup Duit, Abah Beli Buku Tu Ya Amir?

Oleh MOHD NAZALI MOHD NOOR Mohd Nazali Mohd Noor adalah pensyarah kanan Pengurusan Fasiliti di School of The Built Environment, Liverpool John Moores University. Beliau juga merupakan penulis buku best seller iaitu “Ulu Yam Di Liverpool.” Baru baru ini Dalam keterbatasan waktu, saya bertemu satu persatu mereka yang menyapa mesra di meja penulis. Sempat saya […]