Arab Saudi tukar Menteri Luar, rombak Kabinet besar-besaran

RIYADH – Arab Saudi melakukan rombakan Kabinet besar-besaran, dalam apa yang dilihat oleh pengkritik sebagai tindakan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, memperkukuhkan laluannya untuk menduduki takhta. Dalam pengumuman diraja yang dikeluarkan, Ibrahim Al-Assaf dilantik ke jawatan Menteri Luar menggantikan Adel Al-Jubeir yang ditukarkan sebagai Menteri Negara bagi Hubungan Luar. Abdullah bin Bandar bin Abdulaziz dilantik […]

Hukum ‘troll’ haram – Mufti WP

KUALA LUMPUR – Hukum menyindir atau ‘troll’ di media sosial yang menyalahi hukum syarak adalah haram dan berisiko mewujudkan permusuhan dan perbalahan sesama manusia. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata perbuatan troll kini dilihat sebagai situasi membimbangkan kerana ia disebarkan dalam pelbagai konteks termasuk mesej bertulis, klip video pendek dan gambar […]

Mat motor ditahan diberi tazkirah, solat subuh berjemaah

KEMAMAN – Polis daerah ini terus memperhebatkan usaha memerangi kegiatan lumba haram dengan menahan 33 lagi penunggang motosikal dalam operasi khas motosikal Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Kilometer 119 Jalan Kuala Terengganu- Kuantan awal pagi ini. Operasi enam jam berakhir pukul 5.50 pagi itu dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) […]

Inkues perlu bagi lengkap siasatan secara menyeluruh

PUTRAJAYA – Inkues dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim adalah perlu bagi melengkapkan siasatan membabitkan anggota bomba itu secara menyeluruh dan sempurna. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin berkata, pihaknya menyokong dan menyambut keputusan mengadakan inkues yang sekali gus dapat mengenal pasti punca kematian. “Dalam soal ini, saya rasa Kementerian […]

Sultan Nazrin menitiskan air mata bertitah mengenai kematian Adib

GEORGETOWN – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, menitiskan air mata ketika bertitah mengenai kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia pada 17 Disember lalu. Baginda bertitah, Muhammad Adib yang memenuhi tugas negara, menjadi korban dalam peristiwa hitam yang berlaku di tapak kuil Seafield di Subang Jaya. “Seluruh negara, […]

Jalinan kerjasama penjawat awam dan pimpinan politik penting untuk kemakmuran negara

PULAU PINANG – Jalinan kerjasama dan persefahaman saling diperlukan antara penjawat awam dan pimpinan politik dalam memastikan kesejahteraan dan kemakmuran serta kejayaan sesebuah negara, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Baginda bertitah pimpinan politik dan penjawat awam merupakan dua sayap penting dalam pentadbiran kerajaan. Justeru titah baginda, jalinan kerjasama dan persefahaman dalam […]

7,426 sijil halal dikeluarkan JAKIM sejak Januari 2018

PUTRAJAYA – Sebanyak 7,426 sijil pengesahan halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak Januari lalu hingga kini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, berkata ia merangkumi tujuh skim pensijilan halal diperkenalkan JAKIM iaitu produk makanan dan minuman, barang gunaan, premis makanan, rumah sembelih, logistik, farmaseutikal dan kosmetik serta dandanan diri. Beliau berkata, sepanjang […]

YaPEIM wujud polisi pendedahan maklumat

KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan mewujudkan whistle blowing policy (polisi pendedahan maklumat) sebagai langkah memantau urus tadbir agensi di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, setiap pegawai dan anggota dalam yayasan berkenaan boleh […]

Tiada kenaikan tol tahun depan

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan tiada kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya seluruh negara tahun depan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pembekuan kenaikan kadar tol itu membabitkan implikasi kewangan kerajaan berjumlah RM994.43 juta. Beliau berkata, Kabinet pada 12 Disember lalu bersetuju membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di […]

Garis 3 teras terajui dakwah YADIM

PUTRAJAYA – Menyedari tugas dan tanggungjawab besar untuk menerajui badan dakwah ini, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia yang baharu, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz telah menggariskan tiga teras utama dalam pentadbirannya. Teras pertama menurut beliau ialah mengubah pemikiran. Mengulas lanjut, beliau memberitahu ia mengenai Islam itu sendiri, supaya ramai faham tentang […]