Empat warga Finland edar pen dan risalah Bible dihantar pulang

ALOR SETAR – Empat warga Finland yang ditahan kerana disyaki mengedar pen dan buku tertera pernyataan Bible di Langkawi, Selasa lalu, sudah dihantar pulang ke negara asal mereka. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, mereka yang berusia 27 hingga 60 tahun itu dihantar pulang […]

Maulidur Rasul Bersama Maahad Tahfiz Al Mawaddah

PUTRAJAYA – Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul baru baru ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul Bersama Maahad Tahfiz Al Mawaddah. Majlis yang diadakan di Bilik Latihan YADIM di sini disertai oleh hampir 50 kakitangan badan dakwah ini selain pelajar pelajar pusat tahfiz berkenaan. Hadir sama ialah Pengurus Besar Pengurusan Dan […]

Menentang ICERD cerminan ketakutan lama orang Melayu, kata Dr M

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak terkejut melihat bantahan keras kumpulan-kumpulan Melayu terhadap cadangan Putrajaya mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD). Beliau berkata kebimbangan sekitar keistimewaan Bumiputera, perkara utama dalam penentangan terhadap perjanjian sejagat itu, cerminan sentimen orang Melayu di awal-awal kemerdekaan Malaysia daripada British. “Ketika itu saya sudah pun aktif […]

MAIM laksana kunjung hormat ke Exco Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Satu kunjung hormat telah dilakukan kepada Exco Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Terengganu, YB Mohd Nor Bin Hamzah di pejabatnya di sini oleh Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Terengganu pada 21 November lalu. Wakil Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Eksekutif Kanan Zon Timur, Ustaz Nasrul Hadi bin Saidin hadir sama dalam lawatan […]

Asri mahu tindakan terhadap rumah ibadah haram selepas keganasan di Subang Jaya

PETALING JAYA – Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mahu kerajaan bertindak tegas terhadap rumah ibadah yang dibina tanpa mengikut peraturan atau secara haram, ketika negara digemparkan dengan keganasan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya awal pagi tadi. “Apatah lagi yang dibina secara haram atas tanah yang bukan milik penganut agama berkenaan,” […]

Jangan makan ‘romaine lettuce’ dari AS – KP Kesihatan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan menasihatkan pengguna supaya tidak memakan ‘romaine lettuce’ yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berikutan laporan sayur berkenaan dicemari bakteria patogenik Escherichia coli (E.coli) di negara itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Malaysia ada mengimport ‘romaine lettuce’ dari AS dan kementerian sudah mengenakan tindakan penguatkuasaan “Tahan, Uji dan […]

Bot Vietnam paling tinggi ceroboh

KUALA LUMPUR – Bot nelayan asing dari Vietnam dikesan paling tinggi menceroboh kawasan perairan negara bagi tujuan penangkapan negara sepanjang tahun ini. Sambil menyifatkan kes pencerobohan kapal atau bot nelayan asing ke dalam kawasan negara sebagai amat serius, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin memberitahu sebanyak 83 bot nelayan Vietnam telah […]

ICERD: Tukar himpunan jadi sujud syukur

KUALA LUMPUR – Himpunan besar-besaran bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Kuala Lumpur yang dijadual 8 Disember ini sepatutnya ditukar kepada sujud syukur. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan himpunan perdana yang dijangka akan diteruskan meskipun kerajaan telah membuat keputusan tidak akan meratifikasi ICERD sebagai himpunan yang tiada […]

Netizen salah faham isu pemakaian patuh syariah atlet Terengganu

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini kerajaan Terengganu menyampaikan hasratnya untuk melaksanakan konsep pemakaian patuh syariah bagi atlet sukan negeri itu bermula tahun depan. Cadangan tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen sehingga ia menjadi antara berita yang diviralkan di laman sosial. Menurut laporan FMT, kenyataan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan […]

Kursus inovasi untuk warga YADIM

PUTRAJAYA – Sebagai salah satu usaha melahirkan kakitangan yang kredibel dan serba boleh, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan Kursus Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi pada 21 November lalu. Kursus sehari ini dikendalikan oleh Perunding Latihan Kanan, Sub Kluster Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Puan Sujata a/p Muniandy dan dihadiri […]