Selangor sedia wujudkan ‘pembantu guru’ sekolah agama, kata MB

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mewujudkan jawatan “pembantu guru” bagi sekolah rendah agama di bawah kendalian kerajaan negeri. Bagaimanapun beliau berkata, perkara tersebut perlu dibuat kajian terlebih dahulu sebelum diwujudkan jawatan berkenaan. “Saya nak maklumkan dasar kerajaan negeri tak boleh terlalu tergesa-gesa. Kita akan melihat keutamaan […]

Elak kecoh, batalkan perhimpunan

SEREMBAN – Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berharap perhimpunan bagi meraikan kejayaan selepas kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak diteruskan. Beliau berkata, penganjur sewajarnya akur dan membatalkan perhimpunan itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini apabila kerajaan bersetuju tidak meratifikasi ICERD. “Seperti yang kita sedia maklum, beberapa […]

Mapim sokong tubuh Majlis Tahfiz Negara

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyokong pengumuman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berhubung cadangan kerajaan menubuhkan Majlis Tahfiz Negara. Mapim berpendapat cadangan yang melibatkan kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk mewujudkan peraturan pendaftaran maahad tahfiz swasta adalah wajar dan sangat tepat masanya. Menurut Presidennya, Mohd Azmi Abdul […]

Persidangan Meja Bulat Dewan Wanita

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan isu isu semasa mengenai hal hal wanita masa kini, Dewan Wanita Kuala Lumpur, Majlis Dakwah Negara (MDN) akan mengadakan Persidangan Meja Bulat Dewan Wanita Kuala Lumpur pada 1 Disember ini. Program di Bilik Mesyuarat Utama,  Aras 3, Blok D  Akademi Pengajian Islam  Universiti Malaya itu akan bermula jam 9.30 pagi […]

USIM perkenal anugerah khas untuk graduan penerima zakat

SEREMBAN – Buat julung-julung kalinya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dekat Nilai di sini memperkenalkan Anugerah Khas Daya Cemerlang dalam Majlis Konvokesyen Ke-16 universiti itu selama tiga hari yang berakhir hari ini. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, anugerah khas itu bertujuan mengiktiraf penerima zakat dalam […]

Muhammad Adib mula beri respon kepada doktor

KUALA LUMPUR – Anggota bomba yang parah akibat diserang kumpulan perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Height awal pagi Isnin lalu mula menunjukkan reaksi terhadap arahan doktor . Dalam kenyataan terbaharu Institut Jantung Negara (IJN), Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, telah mula memberikan tindak balas kepada beberapa arahan lisan namun anggota bomba […]

Jangan menangguk di air keruh – PM

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rusuhan di tapak kuil Sri Maha Mariamman pada Isnin lalu, wajar menjadi peringatan kepada rakyat akan tanggungjawab menjaga keselamatan, kestabilan serta ketenteraman negara. Sehubungan itu, Perdana Menteri, meminta ahli politik atau pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) tidak mengambil sebarang tindakan atau mengeluar kenyataan provokatif yang boleh menimbulkan […]

Rimayah Al Munawwarah 2.0 di Wetland Putrajaya

PUTRAJAYA – Bertempat di Taman Wetland Putrajaya di sini, telah dianjurkan program Rimayah Al Munawwarah pada 24 November lalu. Ia adalah anjuran Surau Al Munawwarah 5R3 Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya yang melibatkan kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), stesen radio Zayan.FM, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan […]

MSN sambut baik usaha Terengganu dalam isu aurat

KUALA LUMPUR – Isu mengenai pematuhan syariah dalam pemakaian atlet negeri Terengganu bukanlah suatu perkara yang baharu untuk dipertikaikan, bahkan ia sudah dimulakan sejak Sukan Malaysia (SUKMA) 2008 lagi. Namun, difahamkan bahawa kerajaan negeri Terengganu kali ini ingin melaksanakan dengan lebih meluas terutama untuk sukan-sukan berpasukan yang mendapat tindak balas dan penerimaan yang baik daripada […]

Selamat menjalani ibadah umrah

PUTRAJAYA – Seramai enam kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bakal menjadi tetamu Allah dengan menunaikan ibadah umrah pada bulan  hadapan. Mereka terdiri daripada En Mohd Firdaus Mohd Rusli, Puan Safizah Saferi, Puan Hamudah Hasan, dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, En Muhammad Naqiuddin Ismail, Puan Humaira Johari (Bahagian Kepimpinan Muda) serta En Abdul Hafiz Mat Tuah […]