Beri peluang pada Waytha Moorthy
KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat perlu memberi peluang kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota Kabinet. Malah Perdana Menteri menegaskan, petisyen yang menggesa menteri tersebut meletak jawatan bukan satu keperluan dan arahan daripada beliau. “Rakyat boleh buat petisyen tetapi petisyen bukan penentu arahan untuk […]
Empat negeri masih tiada enakmen kawalan pengembangan agama lain
KUALA LUMPUR – Sebanyak empat buah negeri masih belum mempunyai enakmen sekatan pengembangan agama lain kepada orang Islam, setakat ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusoff berkata, negeri-negeri itu ialah Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, katanya,hal itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu apa sahaja doktrin dan fahaman […]
Kontinjen YADIM di sambutan Maulidur Rasul Kebangsaan
PUTRAJAYA – Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 2018 di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah turut serta menghantar delegasi menyertainya. Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan YADIM terlibat dalam majlis tersebut yang bermula seawal jam 7 pagi. Dianggarkan lebih 3,000 peserta dari pelbagai agensi dan negeri […]
Wujudkan jawatan KSU dalam Jakim
KUALA LUMPUR.- Kerajaan dicadangkan mewujudkan jawatan ketua setiausaha (KSU) turus tiga dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai usaha meningkatkan tahap dan peranan institusi itu dalam menegakkan syiar Islam. Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN- Kuala Krau) berkata, jawatan KSU adalah lebih besar dan dapat memberi arahan kepada ketua-ketua pengarah lain. Selain mewujudkan jawatan itu […]
Waytha Moorthy akan dipanggil dalam masa terdekat
KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berhubung video tular mengenai wawancaranya di Belanda kira-kira 10 tahun lalu baru-baru ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan dalam masa terdekat. Beliau berkata […]
Guru Malaysia antara paling berdedikasi di dunia
KUALA LUMPUR – Bancian Pendidikan Global yang pertama kali diadakan mendapati guru di negara ini paling menyukai pekerjaan mereka dan antara golongan pendidik di dunia paling berdedikasi bagi memastikan pelajar mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Kumpulan pendidikan dari Penilaian Pendidikan Antarabangsa Universiti Cambridge yang menjalankan bancian itu berkata, sebanyak 70 peratus guru di negara ini […]
Jasmin ajak generasi muda buat #AzanChallenge
KUALA LUMPUR – Pelakon Jasmin Hamid berkongsi satu video laungan azan yang sangat merdu dari penyanyi Zamani di Instagram (IG) miliknya. “Allahuakhbar… kita selalu dengar penyanyi hanya menyanyi. Apa kata kita dengar mereka laungkan azan pula. Kalau boleh pukau pendengar dengan alunan suara merdu melalui nyanyian, mesti boleh laungkan azan yang merdu untuk panggil umat […]
Kementerian Pendidikan usaha peruntukan SAR, sekolah agama persendirian
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan mengusahakan sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama persendirian diberi peruntukan tambahan dalam Belanjawan 2019. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, dua jenis sekolah tersebut agak ketinggalan dalam belanjawan yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng awal bulan ini. “Di pihak Kementerian Pendidikan, kita akan bawa dalam belanjawan tambahan […]