YADIM sertai misi bantuan ke Palu
PUTRAJAYA – Sebagai sebuah badan dakwah yang sentiasa cakna dengan keperluan saudara seagama walau di mana pun berada, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menyertai Misi Bantuan Pasca Tsunami ke Palu. Misi berkenaan merupakan peringkat agensi agama di Jabatan Perdana Menteri yang turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri, YB Datuk Seri Dr […]
SSM cadang terus salur CSR kepada YADIM
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sangat berminat dengan program program kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Pengarah Bahagian Strategi dan Komunikasi Korporat SSM, En. Mohamad Shahren Mohamad Yusri dalam lawatannya ke YADIM baru baru ini menjelaskan, pihaknya menimbangkan cadangan supaya sumbangan tanggungjawab korporat (CSR) daripada syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah SSM […]
Pandangan peribadi tidak mewakili pendirian kerajaan
KUALA LUMPUR – Pandangan peribadi mana-mana individu sebelum dilantik memegang sebarang portfolio dalam Kabinet sama sekali tidak mewakili pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, atas sebab itu, kerajaan PH tidak sepatutnya dibebani dengan kenyataan yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana, Senator P. Waytha Moorthy, 10 tahun […]
Fatwa terhadap Syiah boleh disemak semula
GEORGETOWN – Fatwa yang menetapkan Syiah sebagai ajaran menyimpang daripada Islam boleh disemak semula berdasarkan beberapa hujah selepas mengambil kira konsensus mengenainya hanya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata ia boleh dilakukan selepas mengambil kira amalan penganutnya yang dilihat masih berada dalam […]
Pemain takraw wajib tutup aurat
CYBERJAYA – Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan mewajibkan semua pemain lelaki dan wanita memakai pakaian menutup aurat ketika beraksi dalam semua kejohanan mulai April depan. Presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, pihaknya sentiasa menggalakkan semua pemain mengenakan pakaian menutup aurat seperti memakai ‘tight’ (lelaki) dan tudung (wanita) ketika menyertai mana-mana kejohanan sebelum ini. Justeru, Ahmad […]
Cuci Cuci Surau Ar Rahman
PUCHONG – Surau Ar Rahman di Puchong Prima di sini telah menjadi lokasi seterusnya program Cuci Cuci Surau Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Kali ini program ini adalah sinergi bersama dengan Muslim Volunter Malaysia (MVM) serta ahli jawatankuasa (AJK) surau berkenaan. Seramai 30 orang ahli MVM bersama AJK surau serta kakitangan Bahagian Khidmat Komuniti dan […]
Isu yang boleh timbulkan ketegangan kaum, tangguh dahulu
SHAH ALAM – Kerajaan sepatutnya menumpukan perhatian terhadap cara untuk mengukuhkan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang baharu sahaja memerintah sejak Mei lalu dan bukan perkara yang boleh menimbulkan ketegangan kaum. Oleh itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kerajaan dapat menangguhkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). “Saya tidak fikir kita harus terburu-buru […]
Hampir mustahil laksana ICERD
Papua New Guinea – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan perkara ini hampir mustahil untuk dilakukan. Perdana Menteri menegaskan, majoriti dua pertiga ahli Parlimen diperlukan untuk melaksanakan perkara itu. Ini katanya, hampir mustahil berikutan komposisi semasa ahli Dewan Rakyat daripada […]