Lahad Datu boleh dilanda tsunami tempatan
KOTA KINABALU – Walaupun kebarangkaliannya rendah, bandar Lahad Datu boleh berdepan ancaman tsunami berpunca daripada gempa bumi dasar laut di perairannya, selain di perairan Filipina atau Indonesia. Kemungkinan itu berdasarkan kedudukan Lahad Datu yang dikenal pasti antara lokasi paling kerap dilanda gempa bumi di negeri ini, selain Ranau, berikutan kewujudan dua sesar aktif di daerah […]
E-buku panduan hijrah diri untuk golongan LGBT diterbitkan
KUALA LUMPUR – Kerajaan telah pun menerbitkan e-buku Panduan Hijrah Diri bagi golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) untuk kembali ke pangkal jalan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata e-buku itu boleh dimuat turun melalui aplikasi Google Play Store. “Buku Hadith Sahih Mengenai Perlakuan LGBT serta […]
Kunjung hormat ke Pesuruhjaya Polis Sabah
KOTA KINABALU – Satu kunjungan hormat telah diadakan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu, YDH Komisioner Polis Dato Omar Haji Mammah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah. Kunjungan pada 16 Oktober itu diketuai oleh Pengarah YADIM Zon Sabah, Tuan Haji Samin Ongki, selain turut disertai oleh para pegawai yang lain. Kunjungan ringkas ini […]
Mesyuarat lanjutan Sistem Pawah YADIM dengan Kementerian Industri Asas Tani
PUTRAJAYA – Komited untuk menjayakan program Sistem Pawah YADIM (SPY), satu perbincangan lanjutan telah diadakan bersama dengan Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan, Kementerian Industri Asas Tani di sini pada 16 Oktober lalu. Perbincangan selama 2 jam itu menyaksikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan berjaya mencapai kata sepakat untuk sama sama menjayakan […]
PBB puji cadangan mansuh hukuman mati
KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori mendapat maklum balas positif daripada pihak antarabangsa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong. Beliau bagaimanapun menegaskan cadangan itu masih dalam proses penelitian menyeluruh dan ia akan diputuskan Kabinet untuk tindakan lanjut. “Selepas pihak peguam negara selesai dengan kajian mereka, ia akan dibentangkan […]
Induksi Sahabat YADIM UiTM
SHAH ALAM – Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SY) Universiti Teknologi MARA (UiTM) baru baru ini telah menyertai satu program induksi yang bertujuan melatih dan mendedahkan ahli ahlinya dengan keperluan ciri ciri kepimpinan. Seramai 29 orang SY telah menyertai Program Induksi Pimpinan Sahabat YADIM UiTM 1.0 pada 14 Oktober 2018 yang diadakan di Dewan Muktamar […]