Johan tilawah buta sejak lahir
KOTA BHARU – Walaupun ditakdirkan buta sejak lahir dan tidak pernah melihat seperti orang lain, Muhammad Syafi Izwan Mohd. Suhaimi, 18, tidak pernah menjadikannya sebagai penghalang untuk dirinya mempelajari bacaan al-Quran dengan ‘tarannum’. Muhammad Syafi Izwan yang dinobatkan sebagai Johan Tilawah Lelaki bagi kategori sekolah menengah sudah mula meminati bacaan al-Quran sejak di sekolah tadika […]
Menara FELCRA akan dijual
KUALA LUMPUR – FELCRA Berhad (FELCRA) mengumumkan penjualan Menara FELCRA di Jalan Semarak di sini yang sedang dalam pembinaan bagi mengelak implikasi terhadap kewangan syarikat itu. Pengerusinya, Datuk Mohd Nageeb Abdul Wahab, berkata entiti milik penuh kerajaan itu ketika ini sedang mengadakan rundingan dengan beberapa pihak dari dalam dan luar negara untuk penjualan projek berkenaan […]
Cuci Cuci dengan ILIM di Nilai
NILAI – Usaha untuk menjalinkan sinergi kerjasama antara agensi agensi agama peringkat persekutuan terus dilaksanakan walaupun sekadar program yang bukan berskala besar. Terbaru, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menjalankan program ‘Khidmat Masyarakat dan Praktikal Dakwah : Cuci Cuci Surau di sini. Program pada 23 September itu, dilaksanakan […]
Polis berjaya tahan suspek kes langgar lari di Cyberjaya
SEPANG – Polis berjaya menahan tiga suspek kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi di hadapan Shaftbury, Cyberjaya di sini, petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suspek pertama yang merupakan seorang lelaki warganegara Yemen berumur 22 tahun berjaya ditahan di Persiaran Putra Permai […]
Nasi bukan penyebab diabetes, kegemukan
KUALA LUMPUR – Masyarakat negara ini tidak harus bimbang untuk mengambil nasi sebagai makanan harian kerana ia bukan penyebab kepada penyakit diabetes dan kegemukan. Ketua Pegawai Eksekutif Padiberas Nasional Bhd.(Bernas), Ismail Mohamad Yusof berkata, makanan ruji rakyat Malaysia itu sering disalah anggap mengakibatkan orang ramai takut untuk menjadikan nasi sebagai hidangan. Sedangkan, katanya, makanan berasaskan […]