Sambutan luar biasa program YADIM Johor
SKUDAI – Program Budaya dan Harmoni Dalam Islam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan di Kolej Universiti Selatan di sini, mendapat sambutan yang amat luar biasa apabila para peserta memenuhi dewan tempat program dilaksanakan. Dianggarkan lebih 600 orang peserta bukan Islam membanjiri Dewan Dato’ Seri Joseph Chong ketika program dilaksanakan pada 1 Oktober […]
Pemilik van dan Maahad Tahfiz fail rayuan bayaran RM4.3 juta
KOTA BHARU – CT-One Corporation Sdn. Bhd. dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kota Bharu yang memerintahkan kedua-duanya dan satu pihak lagi membayar sejumlah RM4,334,507 kepada bekas pelajarnya yang terbabit dalam kemalangan van pada Jun tahun lepas. Notis rayuan bagi membatalkan atau mengurangkan jumlah bayaran itu difailkan oleh pengasas […]
Jangan kaitkan SST dengan kenaikan harga barang
SEPANG – Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromaniam menggesa rakyat tidak mengaitkan kenaikan harga barang dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Beliau berkata, cukai hanya satu komponen kecil dan ada faktor lain yang mempengaruhi serta menentukan harga barang. “(Faktor itu termasuk) permintaan dan bekalan, kadar pertukaran mata wang, faktor musim […]
Ceramah Hijrah Kastam Teluk Sepanggar
TELUK SEPANGGAR – Bertempat di Bahagian Import Eksport, Kastam Pelabuhan Teluk Sepanggar di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah telah diundang mengadakan satu ceramah pada 21 September lalu. Pengarah YADIM Zon Sabah, Tuan Haji Samin Ongki sendiri mengadakan sesi ceramah berkenaan. Menurutnya, tema ceramah adalah Hijrah, bersesuan dengan sambutan Maal Hijrah. Tambah beliau, […]
Terengganu keluar garis panduan hiburan
KUALA TERENGGANU – Penganjuran sebarang acara persembahan pentas di negeri ini selepas ini tidak dibenarkan mengandungi unsur percampuran antara lelaki dan wanita. Perkara tersebut terkandung dalam garis panduan penganjuran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelancongan negeri yang diedarkan malam tadi (2 Oktober). Dalam garis panduan itu, Jabatan Pelancongan menyatakan acara persembahan pentas hanya melibatkan penyanyi dan […]
Sultan kesal keluarga dituduh ambil tanah sekolah agama
BANGI – Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dukacita dengan tindakan segelintir pihak yang sengaja melemparkan fitnah terhadap keluarga diraja Johor, berkaitan isu sekeping tanah yang menjadi tular di laman sosial. Melalui kiriman dalam laman Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim kesal kerana dakwaan keluarga diraja Johor mengambil tanah sebuah sekolah agama swasta di […]
Malaysia akan dapat semula gelaran Harimau Asia
SUBANG – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yakin ekonomi negara akan kembali pulih dengan kehadiran lebih banyak pelabur asing sekali gus mengembalikan semula gelaran Harimau Asia. Beliau berkata, keyakinan itu disandarkan hasil pertemuan beliau dengan pemimpin dunia termasuk pelabur asing sewaktu berada di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) baru-baru ini. “Selama 10 […]
JAKIM lancar tabung bantu mangsa gempa bumi, tsunami
PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melancarkan Tabung Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi bagi membantu mangsa bencana terbabit di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, berkata inisiatif itu akan dilaksanakan melalui masjid dan surau bawah pentadbiran JAKIM serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). “JAKIM menzahirkan rasa simpati atas […]