Kerajaan cadang beri subsidi pengangkutan awam kepada B40

PUTRAJAYA – Majlis Tindakan Sara Hidup Negara melalui Kementerian Pengangkutan bercadang untuk memberikan subsidi pengangkutan awam kepada golongan berpendapatan rendah, B40. Majlis itu mencadangkan pemberian pas bulanan tanpa had perjalanan bagi Rapid Rail dan Rapid Bas (RRRB) Bersepadu dan pemberian diskaun bagi perkhidmatan KTM Komuter. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika […]

UM semakin menyerlah di peringkat dunia

KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia (UM) terus memperbaiki kedudukannya dalam universiti dunia apabila mendapat tempat 301-350 pada tahun ini dalam kalangan 1,258 institusi pengajian tinggi di seluruh dunia. Pengumuman itu diumumkan oleh The Times Higher Education (THE). Malah, universiti berkenaan juga merupakan universiti terbaik dalam kalangan 11 universiti yang disenaraikan. Ia merupakan kali kedua UM […]

YADIM dilantik Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Bidang Kerjasama Mabims Ke-6

KUCHING – Peranan dan keberkesanan pelaksanaan program -program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terbukti apabila ia dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Bidang Kerjasama MABIMS ke-6. MABIMS atau dikenali sebagai Majlis Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura merupakan satu kerjasama peringkat antarabangsa melibatkan negara negara utama Asia […]

Pusat tahfiz perlu daftar dengan DBKL, Jawi sebelum 31 Disember

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada pusat-pusat tahfiz yang beroperasi di sekitar ibu negara untuk mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata langkah mewajibkan semua pusat tahfiz didaftarkan adalah untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz […]

Bercanggah dengan Islam

KUALA LUMPUR – Pemikiran songsang yang diketengahkan oleh golo­ngan liberal dianggap bercanggah dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, fahaman tersebut boleh merosakkan akidah dan memudaratkan umat Islam. “Tarbiyah dan dakwah memainkan peranan penting dalam membanteras gejala tersebut. “Institusi agama perlu me­ngambil langkah pendekatan yang lebih berkesan dengan menyebarkan […]