‘Tidak salah buat perbandingan agama dalam ceramah’

SEREMBAN – Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk pendakwah menyatakan perbezaan sesuatu agama ketika berdakwah. Bagaimanapun beliau menegaskan kenyataan sedemikian tidak sepatutnya menjurus kepada menghina atau merendahkan sesuatu agama. “Saya sendiri jika memberikan nasihat dalam sesi kaunseling akan memberikan perbezaan agama supaya penerima lebih mudah memahami apa yang kita […]

Hati-hati penipuan sebagai pewaris harta dari luar negara

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai sebarang e-mel menyatakan mereka sebagai pewaris harta kepada seseorang yang tidak dikenali. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataan hari ini, berkata e-mel itu mungkin melibatkan sindiket penipuan yang sedang mencari mangsanya. Kenyataan itu menyebut antara modus operandi dikenal pasti digunakan sindiket tersebut adalah dengan memaklumkan […]

Seminar Peningkatan Profesionalisme Penjawat Awam

DUNGUN – Bertempat bertempat di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah diadakan Seminar Peningkatan Profesionalisme Penjawat Awam pada 19 September lalu. Program yang merupakan kerjasama antara PSMZA dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ini berlangsung dari jam 9 pagi hingga 1 petang. Pengarah PSMZA, Sr Haji Fikri Ismail memberikan kata kata […]

Semua tahfiz tidak berdaftar di KL akan ditutup

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup semua pusat tahfiz yang didapati tidak berdaftar dengan pihak berkuasa dan beroperasi secara haram, kata Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad Katanya ia bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar-pelajar terjamin serta imej institusi keagamaan Islam terpelihara . “Kami tidak mahu pusat-pusat tahfiz ini diberi kelonggaran hanya […]

September bulan sukan warga YADIM

PUTRAJAYA – Sepanjang September ini, warga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), menerusi Kelab Ukhwah Fillah YADIM (KUFY) terlibat dengan kejohanan sukan badan dakwah ini. Ahli ahli KUFY dibahagikan kepada 3 pasukan iaitu rumah hijau (Al Razi), biru (Al Farabi) dan merah (Al Kindi). Antara acara yang dipertandingkan ialah futsal, bola jaring, bola baling dan bola […]

Karnival Transformasi Anak Muda Kelantan

KOTA BHARU – Sebuah program yang dinamakan Karnival Transformasi Anak Muda Kelantan bakal diadakan di negeri ini yang bertujuan menyediakan platform berasaskan penggalakan  pendidikan kepada golongan remaja di sini. Program yang bakal dirasmikan oleh Yang Di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Y.Bhg Dr Yusri Mohamad itu, akan diadakan pada 27 September ini di Dewan […]

Tidak iktiraf Syiah

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan untuk tidak mengiktiraf fahaman Syiah sebagai satu daripada sektor ajaran Islam di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, menurut fatwa yang telah diwartakan, Syiah adalah satu fahaman yang tidak diiktiraf. “Saya telah menerima maklumat mengenai kempen pemberian kuih donat […]