Wajib patuhi undang-undang had umur minimum perkahwinan

KUALA LUMPUR – Kerajaan berkuasa melaksanakan dasar penetapan had umur minimum perkahwinan kerana ia termasuk di bawah kategori Taqyid Al-Mubah iaitu mengikat perkara yang harus dengan suatu maslahat bagi menegakkan keadilan dan bukan mengharamkan apa yang dihalalkan. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata kaedah itu turut menjadi  dasar beberapa negara Islam […]

Kerajaan memang tidak iktiraf LGBT

TEMERLOH – Kerajaan sememangnya tidak akan mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini. Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, golongan itu akan terus didekati untuk dipulihkan. Beliau mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Malaysia menolak LGBT dan perkara itu selari dengan pendirian kerajaan […]

Hukuman takzir lesbian boleh dikenakan – Mufti Wilayah

BANGI – Pemerintah berhak mengenakan hukuman takzir terhadap mereka yang didapati cuba melakukan zina atau kesalahan yang dikategorikan seumpama dengannya, termasuk musahaqah dan liwat. Pada masa sama, walaupun ada nas yang melarang pihak berkuasa melakukan intipan dan mencari kesalahan yang dilakukan secara sembunyi, tetapi ada kes-kes yang dikecualikan, jika ia memudaratkan. Menggariskan beberapa nas al-Quran […]

Proton eksport semula kereta ke Mesir

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd. (Proton) mengeksport semula kenderaannya ke Mesir buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun. Sebanyak 225 buah kereta Proton dihantar menerusi Northport, Pelabuhan Klang ke pelabuhan Alexandria di Kaherah, Mesir. “Keadaan pasaran yang semakin baik membuatkan Proton kini mampu mengeksport semula kereta-kereta kami di samping mengambil peluang daripada unjuran pertumbuhan […]

Pluralisme agama: Doa kemenangan Mais

SHAH ALAM – Umat Islam di Selangor diminta mengadakan solat hajat bagi memohon kepada Allah agar memberi kemenangan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atas semakan rayuan kehakiman berhubung fatwa pluralisme dan liberalisme yang dibuat pertubuhan kontroversi, Sisters in Islam (SIS). MAIS dalam kenyataannya menjelaskan, kemenangan buat MAIS, Jawatankuasa Fatwa Selangor dan kerajaan negeri amat […]