Dua pesalah sebatan sedar dan insaf

KUALA LUMPUR – Hukuman sebatan yang dilaksanakan terhadap dua wanita yang cuba melakukan hubungan seks sejenis telah memberi keinsafan dan kesedaran kepada mereka. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Terengganu, Mohd. Nor Hamzah berkata, itu adalah antara maklum balas yang beliau terima daripada pesalah kesan pelaksanaan hukuman kontroversi itu. “Kita mendapat maklumat bahawa […]

Persidangan bincang isu perundangan syariah

PARIT BUNTAR – Satu persidangan meja bulat akan diadakan segera bagi membincangkan isu perundangan syariah dalam konteks dasar ‘rahmatan lil alamin’ atau rahmat sekalian alam dan Maqasid Syariah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, persidangan yang dijangka bakal diadakan sebelum penghujung September ini akan melibatkan peserta bersesuaian dan semua […]

Umat Islam perlu sepakat elak perbalahan, kata Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini diingatkan supaya bersatu hati dalam mencapai kata sepakat bagi mengelakkan perbalahan dan permusuhan. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jangan hanya disebabkan sedikit perbezaan orang Islam yang menganuti agama dan mengamalkan fahaman Islam yang sama berpecah belah sehingga membenci antara satu sama lain. “Kesepakatan berlaku apabila […]

Rahmatan Lil Alamin bukan berlembut dengan perbuatan mungkar

CYBERJAYA – Pengenalan konsep Rahmatan Lil Alamin dalam pelaksanaan Islam di negara ini tidak membawa maksud kerajaan akan berlembut dengan perbuatan mungkar atau bertentangan dengan ajaran Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata pengenalan konsep itu juga tidak bermakna kerajaan mengiktiraf perbuatan mungkar oleh orang Islam atau bagi meringankan hukuman […]