YADIM Zon Selatan perluaskan hubungan strategik

JOHOR BHARU – Sebagai salah satu usaha memperkukuh jalinan strategiknya di selatan tanah air, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (6 September) telah mengadakan kunjungan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan Koperasi Dan Ekonomi Kreatif Negeri Johor. Dalam kunjungan itu, YADIM diwakili oleh Pengurus Besar Pengurusan Dan Kewangannya, Tuan Redhauddin Kamaruzzaman dan Pengarah YADIM Zon […]

Pondok Perdana terima wakaf tanah di Telong, Kelantan

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pondok Perdana, yang diinisiatifkan penubuhannya oleh Majlis Dakwah Negara (MDN) hari ini menzahirkan rasa syukur apabila menerima infak sebidang tanah di Mukim Telong, Bachok, Kelantan. Dalam majlis ringkas penyerahan dokumen, MDN diwakili oleh Kapten (B) Shamsuddin Moner selaku Pengarah Kanan Sekretariat Majlis Dakwah Negara menerima dokumen tanah daripada YBhg Dato Yazid […]

Mahkamah Syariah wajar dihormati

KOTA BHARU – Tindakan hukuman sebat yang dikenakan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu ke atas dua wanita, masing-masing berumur 32 dan 22 tahun, baru-baru ini seharusnya tidak dipertikaikan. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ia keputusan mahkamah yang perlu dihormati seperti mana prosedur dijalankan oleh mahkamah sivil. “Tindakan rotan oleh mahkamah sivil jauh lebih keras […]

ATM sentiasa terbuka untuk bukan Melayu

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa membuka pengambilan untuk individu bukan Melayu. Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong berkata, selain Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), banyak rejimen dan kor lain yang boleh dianggotai oleh bukan Melayu. Katanya, isu di sini adalah berkhidmat untuk negara dan bukannya membezakan Melayu dan bukan Melayu. “Setakat ini, […]

Mujahid puji inisiatif Mufti Selangor perluas definisi al-Riqab

KUALA LUMPUR – Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid dianggap telah melakukan sesuatu yang hebat apabila memperluaskan definisi asnaf al-riqab. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, al-riqab yang sebelum ini hanya menfokuskan kepada pengertian hamba abdi yang mahu dimerdekakan kini turut terpakai kepada kelompok seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender […]

Hukuman sebat beri gambaran buruk terhadap Islam

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan berpendirian bahawa hukuman sebat ke atas dua wanita di khalayak ramai oleh Mahkamah Tinggi Terengganu baru-baru ini memberi gambaran yang buruk terhadap Islam. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hukuman itu juga tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa dalam Islam. “Kita tahu bahawa ini adalah kes pertama bagi […]