Syariat Islam mendidik, bukan menghukum

PUTRAJAYA – Hasrat negeri tertentu untuk mengikut jejak langkah hukuman sebat terhadap pesalah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seolah-olah mengambarkan agama Islam hanya menghukum manusia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, pelaksanaan undang-undang Islam sebenarnya untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada orang ramai. “Berhubung idea untuk negeri mengikuti jejak […]

Sukarelawan Penguatkuasa Syariah ditambah

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri ini berhasrat untuk menambah penguat kuasa syariah sukarelawan di negeri ini bagi mengatasi masalah kekurangan penguat kuasa sedia ada. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, setakat ini, bilangan penguat kuasa syariah di negeri ini kira-kira 100 orang, berbanding jumlah penduduk di Terengganu iaitu […]

Hukuman sebat, 2 wanita sepatutnya membuat rayuan

KANGAR – Dua wanita yang dihukum sebat setelah mereka mengaku bersalah kerana cuba melakukan hubungan seks sejenis di Terengganu kelmarin, sepatutnya mengikut prosedur undang-undang untuk membuat rayuan. Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, beliau hairan kerana kedua-duanya tidak melalui proses tersebut sebaliknya seolah-olah mengaku dan membiarkan mereka dihukum. Katanya, berikutan itu beliau […]

Kerajaan lama atau baharu, isu Palestin Malaysia tetap komited

KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu atau yang pernah memerintah Malaysia sebelum ini tetap konsisten dalam menentang kezaliman rejim Israel dan komited dalam memperjuangkan serta membela nasib rakyat Palestin sehingga bila-bila. Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berkata, kerajaan Malaysia sentiasa memberi sokongan padu kepada Palestin dan perjuangan rakyatnya sama ada dari segi politik, ekonomi dan […]

Tiada hukuman sebat terhadap lesbian di Kelantan

KOTA BHARU – Hukuman sebat tidak boleh dikenakan terhadap pesalah lesbian di negeri ini seperti yang dilakukan di Terengganu. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, berkata ini kerana enakmen agama Islam di Kelantan tidak memperuntukkan hukuman sebat ke atas mereka yang disabitkan kesalahan itu. Katanya, pasangan lesbian hanya […]