Bajet institusi tahfiz diteruskan
SUBANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang mengatakan bahawa beliau percaya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak akan mengumumkan sebarang peruntukan kepada institusi tahfiz dalam pembentangan Bajet 2019 bulan depan. Mujahid memberi jaminan bahawa apa yang disebut […]
Jangan diskriminasi wanita Islam
PUTRAJAYA – Kerajaan perlu memastikan wanita Islam tidak dihalang daripada melaksanakan tuntutan agama seperti bertudung dan hak beribadah di tempat kerja baik di hotel, syarikat penerbangan, butik pakaian dan syarikat pelancongan. Pengarah Konvensyen Wanita Islam Nasional (Konwanis) 2018, Siti Affiza Mohammad berkata, cadangan tersebut merupakan salah satu daripada tujuh resolusi yang dibawa sempena konvensyen tersebut […]
Subjek pendidikan Islam di tadika, sekolah akan diubah
KUALA LUMPUR – Subjek pendidikan agama Islam di tadika serta sekolah akan diubah supaya mampu membentuk keperibadian rakyat mengikut nilai-nilai murni berlandaskan Islam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata penyemaian nilai murni sejak dari kecil mampu mewujudkan budaya masyarakat yang lebih baik pada masa depan. Beliau berkata ibu bapa pada masa ini terlalu […]
Guna ‘ISLAM’ bawa golongan LGBT ke pangkal jalan
KOTA BHARU – Umat Islam disaran kembali kepada ajaran Islam sebenar berpandukan al-Quran jika mahu menyelesaikan isu berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini, sekali gus membendungnya daripada terus merebak. Presiden Multiracial Revert Malaysia (MRM), Firdaus Wong berkata, penyelesaian kepada masalah sosial itu terkandung dalam ajaran Islam yang sememangnya mencakupi semua […]