YADIM Zon Sabah & BAHASA martabatkan dunia penulisan dan sastera Sabah

KOTA KINABALU – YADIM Zon Sabah dan Badan Bahasa dan Sastera Sabah ( BAHASA) hari ini bersetuju untuk menjalin kerjasama program antara kedua organisasi ini. Selain untuk perluasan dakwah secara penulisan, jalinan kerjasama ini juga untuk memperkasa bidang bahasa dan sastera di Sabah. Itu adalah antara persetujuan yang telah dicapai dalam pertemuan antara Pengarah YADIM […]

Malaysia akan terus bersuara dalam isu Rohingya

PUTRAJAYA – Malaysia akan terus bersuara dalam memperjuangkan nasib etnik Rohinya, tegas Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata, kerajaan akan juga meminta sokongan masyarakat antarabangsa terhadap kerajaan Bangladesh iaitu negara di mana hampir sejuta etnik Rohingya mendapat perlindungan. “Dalam kita berusaha ke arah satu penyelesaian mapan yang akan memelihara maruah dan kehidupan etnik Rohingya, […]

Kenderaan asing dilarang beli RON95

KULAI – Larangan kenderaan asing khususnya dari Singapura untuk membeli petrol RON95 di negeri ini akan dikuatkuasakan semula. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Johor, Khairul Anwar Bachok berkata, arahan itu sudah dikeluarkan di semua stesen minyak. “Kita sudah pun menghantar notis-notis kepada stesen minyak mengenai perkara ini. Kita tidak […]

KKM nafi pendapatan bulanan ditolak untuk Skim Perlindungan Kesihatan B40

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menafikan sebarang kenyataan bahawa lima peratus daripada pendapatan bulanan akan ditolak bagi membiayai Skim Perlindungan Kesihatan B40. Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tidak ada kenyataan seumpama itu dikeluarkan sama ada oleh beliau mahupun pegawai dari kementeriannya berhubung penolakan pendapatan untuk skim berkenaan sebagaimana tular di media sosial. Selain itu, kata […]

MAIM Kelantan tumpu masalah sosial

KOTA BHARU – Masalah sosial terutama dalam kalangan generasi muda di negeri ini akan menjadi tumpuan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Kelantan dalam tempoh dua tahun ini. Pengerusi MAIM Kelantan, Dr Mohamad Hamzah berkata, sebagai sebuah badan gabungan yang mengkordinasi gerak kerja badan bukan kerajaan (NGO) Islam, pihaknya akan menggembeleng segala kepakaran dan kekuatan menghadapi […]