Turun dulu harga barang, baru hentikan BR1M

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memastikan harga barang keperluan turun sebelum membuat keputusan menghentikan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ahli Dewan Negara, Senator Dr Mohd Nor Monutty, berkata kerajaan juga bertanggungjawab menyediakan prasarana kehidupan yang kondusif jika mahu memansuhkan program pemberian bantuan kewangan kepada rakyat. “Kerajaan kena turunkan dulu harga barang, sediakan prasarana yang kondusif […]

Kemarau emas 24 tahun sepak takraw berakhir!

PALEMBANG – Akhirnya, kemarau emas sepak takraw selama 24 tahun berakhir apabila pasukan regu negara menewaskan tuan rumah, Indonesia di pentas akhir. Kemenangan manis itu diraih penuh dramatik apabila skuad yang dikendali jurulatih Abdul Talib Ahmad bermula lesu apabila tewas 18-21. Kelesuan berterusan dan kelihatan berada di ambang kekalahan apabila ketinggalan 11-15, namun keajaiban berlaku […]

Syiah: Itu hanya dakwaan

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menegaskan lawatannya ke beberapa tempat di selatan Thailand, baru-baru ini adalah atas urusan peribadi. Beberapa hari lepas, tular dalam media sosial gambar beliau menghadiri program di sebuah masjid dikatakan masjid untuk orang Syiah di sana. Begitupun, beliau enggan melayan dakwaan tersebut dan menganggap semua orang boleh melakukan dakwaan […]

Ismail dilantik Ketua Setiausaha Negara baharu

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Ismail Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara baharu, berkuat kuasa esok. Difahamkan, beliau akan menggantikan Tan Sri Ali Hamsa yang kontraknya tamat esok. Ismail sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 12 Jun lalu. Ismail yang telah berkhidmat selama 32 tahun mempunyai pengalaman luas dalam bidang […]

Akta Anti Berita Tidak Benar bakal dimansuh hari ini

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar 2018 untuk bacaan kali kedua sebelum undian dibuat untuk memansuhkan akta berkenaan. Langkah pemansuhan itu adalah sebahagian daripada janji Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu terhadap undang-undang sedia ada yang menindas rakyat di negara ini. […]

Rehlah Ukhuwah Sahabat YADIM Negeri Johor 2018

MUAR – Pemilihan kepimpinan Sahabat YADIM Johor 2018/2019 berjaya diadakan dengan lancar bariu baru ini di D’Impian Country Resort, di sini. Berlangsung pada 25 dan 26 Ogos, ia telah melibatkan seramai 70 peserta. Pemilihan menyaksikan saudara Muhammad Firdaus bin Muhamad Shahir terpilih sebagai Pengerusi Sahabat YADIM Negeri Johor dan timbalannya pula ialah Intan Syazwani Bt […]