Ikan kering, daging burger, ayam goreng dikenakan SST
KUALA LUMPUR – Ikan masin, makanan dalam tin, makanan ringan, makanan proses dan sejuk beku antara 6,400 jenis barangan bakal dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menjelang 1 September ini. Senarai penuh barang-barang yang dikenakan cukai itu boleh dilihat melalui senarai 121 muka surat menerusi laman sesawang https://mysst.customs.gov.my/assets/document/Guide%20on%20proposed%20sales%20tax%20rates%20for%20various%20goods.pdf Menurut laman sesawang itu, antara hidupan laut […]
Cukup hanya VAT 69, UTK, kata Musa Hassan
PETALING JAYA – Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan menyokong langkah membubarkan 3 unit khas polis kerana pasukan biasa memadai untuk menyerbu dan bertindak terhadap jenayah terancang. Beliau berkata polis juga mempunyai pasukan khas 69 Komando (VAT69) dan Unit Tindakan Khas (UTK) untuk menangani penjenayah bersenjata. “Sekiranya penjenayah mempunyai senjata, baru kita gunakan […]
Isma anjur Konvensyen Wanita Islam Nasional
PUTRAJAYA – Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) akan menganjurkan Konvensyen Wanita Islam Nasional (Konwanis) di Putrajaya Convention Centre (PICC) pada 1 September ini. Ketua Wanita Isma, Norsaleha Mohd Salleh berkata, konvensyen ini bakal mengupas tajuk-tajuk yang memberi definisi kebahagiaan lebih luas mengikut acuan Islam. “ALLAH SWT mengurniakan manusia keluasan dan kebebasan hidup. Manusia boleh membuat […]
Kementerian Pendidikan beri kerjasama jayakan penubuhan Universiti Johor
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan memberi kerjasama bagi melicinkan proses dan merealisasikan penubuhan Universiti Johor kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Mengalu-alukan inisiatif murni dalam mereliasasikan penubuhan universiti yang diharap menjadi sebuah pusat pengajian tinggi terkemuka negara, Maszlee berkata beliau berpeluang menghadiri sesi perbincangan mengenainya baru-baru ini. “Kementerian Pendidikan telah terlibat secara langsung dalam […]
Ibadah qurban sebagai penyatuan warga YADIM
ULU LANGAT – Warga YADIM hari ini berkampung di Pusat Latihan Semungkis YAdim Batu 14, Ulu Langat untuk menjayakan program Ibadah Qurban Kufy 2018 anjuran Kelab Ukhwah Fillah Yadim atau KUFY. Program ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh Ustaz Haji Kamarudin Mustafa wakil peyembelih qurban KUFY. Program ini turut dihadiri oleh Y.Bhg Dr Yusri Mohamad […]
Sembilan jemaah haji Malaysia cedera ringan dalam kemalangan bas
MAKKAH – Seramai sembilan jemaah Malaysia iaitu tiga lelaki dan enam wanita mengalami cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua buah bas yang membawa jemaah haji Malaysia ke Makkah dari Mina. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 8.40 pagi waktu tempatan semasa bas jemaah Malaysia dalam […]