Durian berpotensi jadi komoditi eksport Malaysia

BEIJING – Durian berpotensi menjadi satu lagi komoditi eksport utama Malaysia jika dimajukan secara sistematik dan besar-besaran seperti getah dan sawit. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia telah berjaya memajukan ladang getah yang asalnya dibawa dari Amerika Selatan sehingga menjadi pengeluar terbesar dunia. Menerusi penyelidikan katanya, Malaysia juga berjaya berbuat demikian untuk sawit […]

Mufti Melaka nafi

MELAKA TENGAH – Tiada lantikan baharu Jawatankuasa Majlis Fatwa sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negeri Melaka. Malah Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil menjelaskan, barisan jawatankuasa sedia ada dilantik sejak 1 Januari 2018 lalu masih kekal sehingga 31 Disember 2019. “Dakwaan kononnya wujud salah seorang jawatankuasa Majlis Fatwa Kerajaan Negeri yang berfahaman […]

Gesa pembebasan Masjid Al-Aqsa

ALOR SETAR – Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Yayasan Restu dan Kolej Islam Darul Ulum mengambil inisiatif menganjurkan Bacaan Yasin Sejuta Umat Peringkat Negeri Kedah. Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bacaan Yasin berkenaan diadakan di Masjid Sharifah Fatimah, Jitra bermula jam 7.30 malam pada 21 Ogos ini. Beliau yang lebih […]

Peminjam PTPTN tidak wajar dilayan seperti penjenayah

PUTRAJAYA – Para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar dilayan seperti penjenayah atau seperti mereka yang mencuri dana negara. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, sehubungan itu pihaknya mengambil inisitaif mengeluarkan 429,945 peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen dalam tempoh 30 hari pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 8 Jun lalu. “Menerusi pelaksanaan […]

Dr M harap kerjasama Proton-Geely lahirkan kereta lebih baik

HANGZHOU – Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan harapannya supaya usaha sama strategik antara Proton dan pengeluar kereta Geely China, akan dapat meningkatkan proses menghasilkan kereta Proton yang lebih baik. Perdana Menteri Malaysia itu mengambil maklum mengenai kemajuan besar yang telah dibuat oleh Zhejiang Geely Holding Group dari segi mengeluarkan kereta berkualiti walaupun memasuki perniagaan kereta […]

Arab Saudi perketat kawalan

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi mengetatkan kawalan sepanjang musim Haji di Makkah bagi mengelak kejadian tidak diingini, ketika kira-kira dua juta umat Islam berada di tanah suci itu  bagi menunaikan ibadat Haji. Sebelum ini, ibadat Haji sering dicemari dengan tragedi seperti rempuhan, kebakaran dan rusuhan pada masa lalu. “Kami akan menghalang sebarang tindakan yang bukan […]