Kompleks Mahkamah Syariah Sabah dibina tahun depan

PAPAR –  Bangunan baharu Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah di Benoni, di sini, dijangka mula dibina tahun depan. Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Mokhtar, berkata kementerian sudah memperoleh peruntukan untuk membina bangunan baharu berkenaan. “Sebanyak RM15 juta diperuntukkan untuk pembinaan bangunan Kompleks Mahkamah Syariah ini. Malah, tapak tanah seluas kira-kira dua […]

Malaysia berminat memanfaatkan teknologi Alibaba – Tun Mahathir

HANGZHOU – Malaysia berminat meneroka teknologi e-dagang terkemuka dunia kumpulan Alibaba bagi manfaat rakyat Malaysia, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini. Perdana Menteri berkata, Alibaba Group Holding Ltd  telah memanfaatkan sepenuhnya teknologi moden demi kepentingan rakyat. “Kami mahu memanfaatkan idea teknologi moden anda supaya ia memberi faedah kepada rakyat  Malaysia,” katanya ketika melawat ibu […]

YADIM meneruskan tradisi menghargai ulama besar negara

KUALA TERENGGANU –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 16 Ogos 2018 telah mengadakan Program Memperingati Ulama Besar di Masjid Tok Ku Tuan Besar dan Masjid Tok Ku Paloh, Chabang 3, Kuala Terengganu. Penganjuran majlis ilmu memperingati tokoh ulama besar dalam bidang dakwah di negara ini, adalah satu usaha murni YADIM memartabatkan ulama dan menjadikan […]

Pupuk generasi muda bayar zakat

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menganjurkan Program Kejohanan Futsal Zakat yang disertai sebanyak 15 pasukan di Pusat Futsal Mart di sini, hari ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff berkata, program itu merupakan salah satu strategi kempen pihaknya untuk menarik generasi muda membayar zakat. “Ini merupakan kali pertama […]

KPDNHEP sokong cukai soda

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyambut baik cadangan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, supaya diperkenalkan cukai soda ke atas minuman berkarbonat bagi menampung hasil kerajaan. Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerajaan perlu tampil dengan beberapa idea bagi menampung kekurangan hasil negara selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan […]

Keahlian MPPK mesti berdasarkan matlamat pendidikan Negara

KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM ) memandang serius pelantikan anggota dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) yang gagal menunjukkan kepelbagaian dalam kerangka mencapai matlamat dasar pendidikan kebangsaan. Setiausaha Agung ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz, menegaskan bahawa keahlian MPPK sewajarnya dilantik berdasarkan matlamat pendidikan negara dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. “Gelombang […]