Kemboja : Saf Negeri Sembilan Mulakan Persiapan Misi Bantuan

NEGERI SEMBILAN – Sukarelawan AL Falah YADIM (SAF) Negeri Sembilan akan menghantar pasukannya ke Kemboja bersempena raya Aidil Adha ini untuk membawa misi kemanusiaan dengan melaksanakan ibadah korban. Maka pada 15 Ogos 2018, SAF Negeri Sembilan melakukan persediaan misi kemanusiaan ini secara gotong royong. “Kami bukan sahaja memandang dan memahami mereka, malah kami cuba membantu dengan […]

Perbincangan LGBT tidak menguntungkan

KEPALA BATAS – Semua pihak khususnya kerajaan perlu berhenti membangkitkan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LBGT) yang disifatkan sebagai perkara remeh. Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata kerajaan seharusnya berfungsi bagi membincangkan dan mencari penyelesaian perkara lebih utama, berbanding LGBT. Katanya, perbincangan mengenai aktiviti LGBT seharusnya […]

Negara dijangka hadapi cuaca panas, kurang hujan hingga akhir September

KUALA LUMPUR – Beberapa negeri di Semenanjung, kawasan barat Sabah dan Sarawak dijangka menerima hujan di bawah paras purata sepanjang Ogos hingga September, berikutan cuaca panas. Negeri terbabit adalah Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan itu disebabkan negara sedang mengalami fasa musim Monsun Barat Daya […]

Terus pertahan institusi Raja, Perlembagaan

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus mempertahankan kedaulatan Institusi Raja di negara ini dan memartabatkan Perlembagaan Persekutuan, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. Dalam masa sama beliau memberitahu, semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, kebudayaan atau kepercayaan perlu memberi penghormatan dan pengiktirafan yang tinggi terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. […]

Subsidi haji Malaysia kekal tahun depan

MAKKAH – Kerajaan hari ini memberi jaminan bahawa jumlah bayaran subsidi bagi jemaah haji muassasah Tabung Haji (TH) yang menunaikan haji akan dikekalkan seperti tahun ini untuk musim haji tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata sesuai dengan asas penubuhan TH untuk memberi khidmat dan memudah cara umat Islam […]

YADIM Zon Selatan teruskan kolaburasi dengan Anjung Singgah

JOHOR BHARU – YADIM Zon Selatan dan Anjung Singgah Johor Bharu pada 15 Ogos 2018 telah sama sama menjayakan program Celik Fardhu Ain Bersama Penghuni Anjung Singgah. Pengarah YADIM Zon Selatan, Tuan Ammar Abdullah berkata,  berkata fokus program ini adalah untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada penghuni Anjung Singgah supaya mereka terus bersemangat bagi meneruskan […]

Harga rumah PR1MA mungkin diturunkan

KUALA LUMPUR – Harga rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dikaji untuk diturunkan daripada RM300,000 kepada RM250,000 seunit. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata langkah itu bagi membolehkan lebih ramai rakyat memerlukan dan berhak mampu membeli kediaman terbabit. Pada masa sama, katanya, langkah itu diharap mendapat sokongan […]