Gagal tangani judi, ketua polis daerah ditukar serta-merta
KUALA LUMPUR: Beberapa ketua polis daerah diarah bertukar serta merta berikutan kegagalan menangani isu perjudian di kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. Tanpa mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara berkenaan, Fuzi berkata arahan secara spesifik diberikan kepada pengarah jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ketua polis negeri dan ketua […]
PLKN, BTN dibubar serta merta
KUALA LUMPUR – Kabinet memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN), berkuat kuasa serta-merta. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata perkara itu diputuskan dalam dua mesyuarat Kabinet sebelum ini. “Bagaimanapun, nasib pegawai, kakitangan dan kakitangan kontrak akan terus dijaga termasuk dibayar gaji selain diserap ke dalam Kementerian […]
Khutbah Arafah dalam lima bahasa termasuk Melayu
MAKKAH – Imam Besar dua masjid agung di Makkah dan Madinah, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais memaklumkan kerajaan Arab Saudi telah menyediakan terjemahan khutbah Arafah dalam lima bahasa bagi membolehkan jemaah haji serta umat Islam di seluruh dunia mendengar secara langsung terjemahan khutbah itu. Sheikh Abdul Rahman berkata kemudahan itu akan dilancarkan menerusi frekuensi radio khas […]
Jaminan elaun sara hidup nelayan tidak dihenti
KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini mengulangi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menghentikan elaun sara hidup nelayan, kata Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub. Beliau berkata selain elaun berkenaan, insentif seperti subsidi diesel yang diberikan kepada golongan itu sejak 2008 juga akan diteruskan. “Saya mahu YB (Tangga Batu) dengar kenyataan dari kementerian […]
Usah usik institusi diraja, hak istimewa orang Melayu
ALOR SETAR – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini mahu agar unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tidak diusik bagi memastikan keharmonian dan keamanan dapat dikekalkan. Baginda bertitah ia termasuklah kewujudan institusi diraja, kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama rasmi. “Beta perhatikan sejak akhir-akhir ini wujud kecenderungan untuk mengganggu […]
Mujahid mohon maaf atas kenyataan yang mengelirukan
KUALA LUMPUR – Selepas mengadakan satu sidang akhbar yang menggemparkan dengan wakil transgender, Nisha Ayub pada minggu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa hari ini tampil dengan permohonan maaf dan menarik semula kenyataannya yang kurang sesuai dan mengelirukan orang ramai. Menerusi satu kenyataannya itu, Muhajid mengakui, beliau menyedari kenyataan yang […]
Nooh cedera kemalangan, terima 9 jahitan
JOHOR BAHRU – Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot cedera apabila kenderaan dipandunya terbabas lalu masuk ke dalam longkang berhampiran kediamannya di Nong Chik, di sini semalam. Selain cedera di kepala, beliau turut menerima sembilan jahitan di bawah dagunya. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kemalangan […]