840,000 PATI serah diri Program 3+1

PUTRAJAYA – Kira-kira 840,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) menyerah diri secara sukarela melalui program Penghantaran Pulang PATI Secara Sukarela (Program 3+1) sejak 2014 hingga hari ini. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata jumlah itu membabitkan kutipan kompaun sebanyak RM400 juta, sekali gus menunjukkan program berkenaan berjaya mengurangkan bilangan PATI di negara ini. […]

Umat Islam harus cari pendekatan terbaik

KUANTAN – Umat Islam di negara ini disaran mencari pendekatan terbaik apabila terdapat segelintir pihak yang mempunyai fahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, seharusnya umat Islam tidak bertelagah atau cepat membuat tuduhan kepada mereka yang cuba menyebarkan ajaran Syiah. “Penyebaran ajaran itu satu kelainan daripada […]

Denmark kuatkuasa denda wanita pakai niqab

COPENHAGEN – Seorang wanita menjadi individu pertama yang didakwa di Denmark kerana memakai niqab selepas undang-undang itu dikuatkuasakan pada Rabu lalu. Media tempatan melaporkan, wanita berusia 28 tahun itu didenda selepas dikecam daripada seorang wanita lain yang cuba membuka niqabnya. Polis telah memanggil kedua-dua wanita berkenaan dan wanita terbabit telah dimaklumkan akan didenda jika enggan […]

Dua tahun untuk lihat impak SST

KUALA LUMPUR – Impak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 2.0 hanya boleh dilihat selepas dua tahun pelaksanaannya. Pengerusi Kumpulan Axelasia Inc Dr Veerinderjeet Singh berkata penilaian tahunan perlu dilakukan, seperti yang dilakukan setelah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan. “Tempoh masa dua tahun akan memberikan kita idea mengenai apa yang silap dan apa yang boleh […]

Modul baharu kursus perkahwinan akan diperkenal

KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mewujudkan modul baharu untuk kursus perkahwinan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh. Beliau berkata modul baharu tersebut akan lebih komprehensif berbanding dengan modul sedia ada. “Modul baharu ini termasuklah mengenai tanggungjawab suami-isteri, komunikasi yang lebih baik di antara kedua pihak supaya dapat mewujudkan […]

Dr M dapat betulkan kelemahan Khazanah

KUALA LUMPUR – Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd yang baharu, dapat membetulkan segala kesilapan, kelemahan dan kekurangan syarikat itu, menurut Persatuan Pedagang Asean. Presidennya Datuk Moehamad Izat Emir berkata pelantikan perdana menteri itu juga berupaya memulihkan kembali dengan segera prestasi perniagaan dengan bijak dan mantap dalam melaksanakan arah […]