Pertukaran guru tidak dibeku

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan pertukaran guru tidak dibekukan dan masih menggunakan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dalam memproses permohonan pertukaran. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya menerima 5,573 permohonan pertukaran guru dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung sementara 873 permohonan dari Semenanjung ke negeri tersebut. “Kami masih menggunakan SOP sedia […]

Mais cadang had umur minimum perkahwinan 18 tahun

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mencadangkan pindaan had umur minimum perkahwinan bagi wanita adalah 18 tahun berbanding 16 tahun di bawah undang-undang sedia ada. Dalam satu kenyataan, Mais memaklumkan pihaknya memandang serius isu perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan seorang lelaki berusia 41 tahun yang berlaku di Selatan Thailand, baru-baru ini. […]

Kerajaan akan tambah baik sistem tahfiz

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menambah baik sistem tahfiz di negara ini dalam meneruskan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) sedia ada. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata antara langkah yang akan dilakukan kerajaan adalah memperketatkan kokurikulum berikutan banyak kokurikulum sekolah tahfiz agak bebas. “Mereka ikut ‘style’ sendiri. Jadi […]

TOT Daie YADIM Sarawak bentuk daie profesional

KUCHING – Dalam usaha membentuk daie yang berwibawa dan cekal dalam menghadapi pelbagai dugaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak telah menganjurkan program Training of Trainers (TOT) Daie YADIM Sarawak pada 20 hingga 22 Julai 2018. Program berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Ustaz Mohd Zaidi Ramli  yang turut menjadi pembimbing utama dalam […]

Daurah Pengajian Kitab At-Toriq Ilallah

PUTRAJAYA – Pada 19 Julai lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan  program Daurah Pengajian Kitab At-Toriq Ilallah (Jalan Kepada Allah) yang disampaikan oleh Syeikh  Ahmad Salahuddin Al-Hajin Al-Hasani Al-Azhari Program yang diadakan di Auditorium Dr Zainuddin Jaafar,KUIS dan dianjurkan bersama oleh YADIM, Masjid KUIS, Yayasan Al-Hikmah dan Pertubuhan Alumni Felo Muda Dakwah(Perfomd) dan […]

Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 11 Ogos

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Zulhijah untuk menetapkan Hari Raya Qurban adalah pada petang 11 Ogos bersamaan 29 Zulkaedah 1439 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Pengisytiharan tarikh 1 Zulhijah dan 10 Zulhijah iaitu tarikh bagi Hari Raya Qurban akan dibuat melalui radio dan televisyen pada malam itu. Majlis Raja-Raja mempersetujui […]

Taklimat kerjaya bidang penerbangan oleh YADIM Zon Sabah dan Maswings

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Zon Sabah berkolaborasi dengan syarikat penerbangan, MASwings menganjurkan taklimat kerjaya di bidang Penerbangan di Sekolah Menengah Kebangsaan SANZAC Kota Kinabalu pada 19 Julai. Program ini yang disertai oleh lebih 900 org pelajar dan 30 orang guru menyertainya, diadakan dengan tujuan memberi pendedahan peluang membina kerjaya sebagai juruterbang,  […]

Kolaborasi Sahabat YADIM dan Syria Care

PUTRAJAYA – Sahabat YADIM kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Syria Care menganjurkan program `Krisis Kemanusiaan Syria-Belia Wajar Membela’ pada 7 Julai. Eksekutif Dana dan Projek Syria Care, Faiq Asyraf Bin Abd Rahman berkata antara isu yang  dibangkitkan dalam program ini adalah mengenai sejarah awal kepada berlakunya krisis di Syria dan perkembangan sehingga ke hari […]

YADIM perkukuh hubungan dengan Kumpulan Karangkraf

  SHAH ALAM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan kesinambungan hubungan baiknya dengan media apabila melakukan kunjungan hormat kepada pengamal media Kumpulan Karangkraf di Shah Alam pada 17 Julai. Kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan, Tuan Redhauddin Kamaruzaman dan diiringi lapan orang pegawai YADIM yang lain. Beliau berkata, Kumpulan Karangkraf […]

Kunjung hormat kepada Pengerusi MUIS yang baru

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah ( MUIS)  yang baharu, Datuk Seri Panglima Dr Haji Hasbollah Mohd Taha,  pada 17 Julai lalu. Kunjung hormat itu diketuai oleh Pengarah YADIM Zon Sabah,  Samin Ongki bagi mewakili YADIM pusat. Beliau berkata, kunjung hormat berkenaan adalah […]