Perlu Bezakan Perjuangan Rakyat Dengan Parti Komunis Malaya – Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata semua pihak perlu membezakan antara perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan dengan gerakan komunis. “Perjuangan rakyat dengan komunis itu susahlah kita hendak masukkan (dalam buku sejarah). Kalau perjuangan rakyat untuk mencapai kemerdekaan itu, soal lain. “Ada perjuangan rakyat untuk mencapai kemerdekaan dicop sebagai perjuangan komunis seperti perjuangan Dr […]
Agamawan Ketuai Jawatankuasa Pemerkasaan Syariah – Nurul Izzah
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar menggesa diwujudkan Jawatankuasa Parlimen berkaitan pemerkasaan syariah. Beliau berkata ia boleh menjadi wadah untuk Ahli Parlimen membincangkan pelbagai perkara secara holistik dan menyeluruh bagi merungkai permasalahan rakyat mengenai isu-isu berkaitan secara terperinci termasuk pernikahan bawah umur. Katanya, jawatankuasa itu perlu dipimpin golongan agamawan dan bukan […]
Program Haji 1MDB Dihentikan
KUALA LUMPUR – Kerajaan bertegas progam penajaan ibadah haji di bawah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan diteruskan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya mengambil pendirian sedemikian berikutan kes 1MDB masih lagi dalam siasatan. “Program khas haji tajaan Yayasan 1MDB mula dilaksanakan pada 2011 sehingga 2017 telah melibatkan seramai 5,711 […]
Proton Tidak Pernah Gagal – Tun Mahathir
KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan Proton yang dilancarkannya tiga dekad lalu bahawa projek kereta nasional itu tidak pernah gagal seperti yang didakwa pihak tertentu, sebaliknya ia pernah menguasai pasaran automotif satu ketika dahulu. Perdana Menteri berkata, malah Proton pernah menguasai hampir 80 peratus pasaran kenderaan tempatan selain memiliki rizab sebanyak RM4 bilion […]
Melayu Pendatang: Kula Segaran Mohon Maaf
KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran akhirnya memohon maaf susulan kontroversi berhubung dakwaan beliau menyifatkan orang Melayu sebagai pendatang. Katanya dalam kenyataan, permohonan maaf itu dibuat untuk mengelakkan hal tersebut berlarutan dan menjadi semakin teruk. “Merujuk kepada kenyataan saya di Nilai minggu lepas yang telah menjadi kontroversi di media. Saya dengan ini […]
Raja-Raja Melayu Tubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam
KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu berkenan menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang dianggotai lima tokoh pentadbir, agama dan akademik, dalam usaha menambah baik semua institusi Islam peringkat Persekutuan di negara ini. Jawatankuasa Tertinggi itu dianggotai lima ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu, manakala […]
Hakim Bersih Kompleks Mahkamah
KUALA LUMPUR – Kira-kira 200 kakitangan, pegawai dan hakim di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini menjalankan gotong royong membersihkan kompleks berkenaan semalam. Ini susulan kira-kira 120 pekerja pembersihan di kompleks itu melancarkan mogok sejak dua minggu lalu kerana kontraktor pembersihan yang dilantik sejak Aidilfitri lalu tidak membayar gaji pekerja. Gotong royong yang turut disertai […]