Kerajaan Tiada Kuasa Urusan RUU 355 Di Parlimen

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak ada kuasa untuk campur tangan dalam urusan berkaitan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di Parlimen. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata sebarang permohonan untuk membahaskan usul persendirian itu perlu dibuat oleh Ahli Parlimen dengan mengemukakan notis 14 hari sebelum Dewan Rakyat […]

Beku Dana IKSIM: Kerajaan Teliti Agensi

PUTRAJAYA – Kerajaan meneliti secara terperinci agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang menyalurkan dana kepada Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim). Penelitian itu termasuklah prosedur kewangan seperti pengeluaran wang, penggunaan dana dan pembelian aset yang tidak mempunyai dokumen lengkap. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, banyak perkara yang perlu dipersoalkan terhadap […]

‘Kahwin Bawah Umur Harus Diharamkan’

KUALA LUMPUR – Kerajaan membayangkan untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur dalam jangka panjang. Sebagai permulaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata garis panduan lebih ketat membabitkan isu perkahwinan kanak-kanak bawah umur akan dirangka. Katanya, senarai prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu akan disediakan tidak lama lagi. “Ia akan dikenal […]

Skim Piramid: 72 Akaun Bank Dibekukan

PUTRAJAYA – Sebanyak 72 akaun bank membabitkan sejumlah RM5.867 juta dibekukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi membantu siasatan berhubung skim piramid dijalankan sebuah syarikat. Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, akaun yang dibekukan itu terdiri daripada 25 akaun syarikat dan 47 akaun individu susulan serbuan Ops Coin […]

Arahan Tutup Klinik 1Malaysia Belum Muktamad – KKM

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum memuktamadkan penutupan Klinik Komuniti atau Klinik 1Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan akan dibuat dlam masa terdekat. “KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga kini KKM masih belum memuktamadkan atau memberi arahan penutupan Klinik Komuniti/Klinik 1Malaysia yang telah dikenal pasti. “Ini memandangkan proses kaji […]

Kerajaan Siasat PROTON Dan Geely Utamakan Pekerja Asing

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia akan menyiasat PROTON dan syarikat sekutunya dari China, GeelyHolding yang dikatakan tidak mengutamakan pekerja tempatan. Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, jika benar dakwaan itu tindakan tegas akan di ambil. “Ya, jika benar PROTON tidak mengikut undang-undang tindakan tegas akan di ambil, kita akan (buat) siasatan,” katanya menjawab soalan […]

Salahuddin Setuju Cadangan Potong Elaun MP Tidak Hadir

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub bersetuju dengan cadangan potongan elaun bulanan Anggota Parlimen yang gagal menghadiri persidangan Dewan Rakyat apabila ketidakhadiran mereka mengganggu perjalanan mesyuarat. Timbalan Presiden Amanah itu berkata tindakan itu boleh diambil jika Anggota Parlimen dengan sengaja tidak hadir tanpa satu alasan yang kukuh. “Itu saya setuju, […]