Penolong Pengarah BTN Sarawak Dicekup SPRM

KUCHING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak hari ini menahan lima individu termasuk dua Penolong Pengarah Kanan Biro Tata Negara (BTN) kerana disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM600,000. Suspek masing-masing tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 34 hingga 55 tahun itu ditahan jam 4.30 petang di Pejabat SPRM Sarawak selepas hadir untuk […]

Tak Ketepikan Hak Bumiputera – Azmin

KUALA LUMPUR – Penelitian semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan dilaksanakan kerajaan masih menjamin hak Bumiputera, selain berlaku adil terhadap keperluan semua kaum lain di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, apa sahaja dasar yang dilakukan kerajaan, ia berdasarkan […]

TASKA Di Semua Jabatan, Agensi Awam Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Menjelang Januari tahun depan, semua agensi dan jabatan kerajaan digalakkan mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di tempat kerja masing-masing. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keutamaan diberikan kepada agensi kerajaan yang mempunyai kerja syif. Katanya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga ingin bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan […]

Bukit Aman Sahkan Tiada Permohonan Ekstradisi Terhadap Zakir Naik

KUALA LUMPUR – Bahagian Perundangan Bukit Aman mengesahkan tiada sebarang permohonan ekstradisi dibuat oleh Kerajaan India terhadap pendakwah Islam terkenal Dr. Zakir Naik. Surat pengesahan bertarikh 13 Julai yang ditandatangani oleh ACP Mohamad Fahmi Visuvanatah Abdullah tersebut dikongsi oleh peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz di Facebook beliau Buzz Azam hari ini. “Pihak PDRM telah […]

RUU Kebencian Agama Dan Kaum Bakal Dibentang

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhasrat mengemukakan Rang Undang-Undang Kebencian Agama dan Kaum. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, akta tersebut bertujuan melindungi semua agama termasuk Islam daripada dicaci dan dimaki. “Rang undang-undang ini bertujuan melindungi bukan sahaja Islam dihina tetapi agama lain juga yang […]

PM Kurang Puas Hati Kehadiran Menteri dan Timbalan di Parlimen

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  melahirkan rasa tidak puas hati dengan prestasi kehadiran menteri dan timbalan menteri di Parlimen. Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan beliau tidak bercadang menetapkan indeks prestasi utama (KPI) untuk mengukur prestasi menteri dan timbalan menteri menjalankan tugas di Parlimen. “Saya tidak pernah berpuas hati dengan semua perkara, namun […]

Kedudukan Islam, Taska Tumpuan Sidang Hari Ini

KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai sejauh mana komitmen kerajaan menjamin kemuliaan agama Islam dan pembaharuan yang berjaya dilaksanakan kerajaan berdasarkan nasihat Majlis Penasihat Kerajaan dijangka ‘menghangatkan’ sidang Dewan Rakyat hari ini. Berdasarkan Aturan Mesyuarat Dewan, persoalan mengenai jaminan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, bekalan daging pada Hari Raya Aidiladha dan mengawal selia pusat asuhan kanak-kanak […]

Parlimen 2018: Buktikan Hutang Negara 1980-1990 Lebih Tinggi – Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Kerajaan meminta pihak pembangkang mengetengahkan bukti bertulis bahawa hutang negara dahulu (1980-1990) lebih banyak daripada sekarang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini, bekas timbalan perdana menteri itu menyebut beberapa angka berkaitan hutang […]

Zahid Sedia Disiasat Kes Penipuan Pekerja Nepal

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan pembabitannya dalam syarikat Bestinet Sdn Bhd yang dilaporkan melakukan penipuan pengambilan pekerja dari Nepal, serta bersedia disiasat. Bekas timbalan perdana menteri itu berkata syarikat tersebut bukan miliknya atau anggota keluarganya dan beliau tidak memiliki sebarang saham dalam syarikat berkenaan. “Sila kemukakan […]