Guan Eng Perjelas SST Tidak Bebankan Rakyat

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan 1 September nanti tidak membebankan rakyat berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Guan Eng berkata, jumlah kutipan daripada SST hanya dianggarkan bernilai RM21 bilion setahun, manakala anggaran kutipan GST bernilai RM44 bilion bagi tahun 2018, berdasarkan sasaran kerajaan […]

Tan Sri Zaharah Angkat Sumpah Jawatan Hakim Besar Malaya

PUTRAJAYA – Yang Amat Arif Tan Sri Zaharah Ibrahim dilantik sebagai Hakim Besar  Malaya berkuat kuasa 11 Julai 2018. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia berlangsung hari ini di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman di sini dihadapan Hakim Datuk Su Geok Yiam selaras Perkara 124(3) Perlembagaan Persekutuan. Zaharah, 66, menggantikan jawatan yang dipegang Tan Sri […]

SST Bukan 16 Peratus

KUALA LUMPUR – Cadangan 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan di bawah pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak menjadikan keseluruhan cukai yang perlu ditanggung pengguna pada kadar 16 peratus. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, mengakui cadangan itu menimbulkan banyak kekeliruan dalam kalangan rakyat. Beliau yang […]

Islamofobia Musnahkan Nilai-Nilai Mulia Islam – MB Perak

IPOH – Islamofobia dan ekstremisme telah menjadi krisis global, mengikis nilai-nilai mulia Islam pada pandangan bukan Islam, kata Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu. Beliau berkata adalah amat penting isu itu ditangani dan persepsi terpesong mengenai Islam yang berpunca daripada tindakan segelintir ekstremis yang tidak menggambarkan Islam sebenar, diperbetulkan. “Jenama Islam yang kukuh sebagai satu […]

‘Ahli Yang Berhormat, sila duduk dan jangan lari’

  KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memulakan ucapan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-14 hari ini apabila berseloroh dengan Ahli Parlimen. Baginda dalam nada jenaka ‘menitahkan’ supaya Ahli Parlimen tidak lari meninggalkan Dewan Rakyat. “Ahli Yang Berhormat, sila duduk dan jangan lari,” titahnya. Ia sekali gus menceriakan suasana pembukaan Dewan Rakyat […]

Tun Dr Mahathir Kesal Idea Kereta Nasional Kedua Kurang Sambutan

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan perasaan kesal kerana ideanya untuk mewujudkan kereta nasional kedua nampaknya kurang mendapat sambutan. Perdana Menteri berkata beliau diberitahu bahawa tidak ada siapa yang ingin lihat kereta nasional kedua dibangunkan kerana beranggapan ‘cukuplah’ dengan Proton yang dikatakan gagal. Dalam tulisan di blognya, Dr Mahathir secara sinis berkata “kita […]

Chin Tong Dan Waytha Moorthy Antara 8 Angkat Sumpah Sebagai Senator

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy adalah antara lapan individu dijadual mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di Dewan Negara esok. Susulan majlis itu, dijangkakan ada dalam kalangan mereka kemudian mengangkat sumpah sebagai menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri, Tun […]