Remaja Yang Diselamatkan Dari Gua, Thailand Mungkin Masih Lagi Dalam Keadaan Berbahaya
12 remaja pemain bola berserta jurulatihnya yang telah terperangkap selama 18 hari di Gua Tham Luang Nang Non di Thailand telah selamat dikeluarkan daripada gua tersebut selasa yang lepas. Tetapi kes ini tidak habis begitu sahaja kerana keadaan pesakit masih lagi tidak sembuh secara sepenuhnya. Remaja-remaja tersebut sedang dipantau di Hospital Chiang Rai mengikut sumber […]
Pengisytiharan Aset MP Kerajaan Wajib Kepada SPRM – Abu Kassim
PUTRAJAYA – Anggota Kabinet dan ahli Parlimen kerajaan akan diwajibkan membuat pengisytiharan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas pelaksanaan kod etika baharu yang kini dalam kajian disiapkan. Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berkata ketika pentadbiran kerajaan terdahulu, perisytiharan aset hanya dibuat kepada Perdana Menteri […]
Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Pengguna Domestik Sehingga Enam Bulan Akan Datang
PUTRAJAYA – Pengguna domestik tidak akan membayar kenaikan tarif elektrik bagi tempoh enam bulan akan datang kerana ia akan diberikan subsidi oleh kerajaan, kata Yeo Bee Yin. “Kerajaan membelanjakan RM114 juta agar 81.7 peratus semua pengguna elektrik tidak perlu membayar surcaj elektrik. “Jadi kalau anda melihat kepada bil elektrik, tiada surcaj, ia akan jadi kosong […]
Imigresen Serbu Premis Tawar Khidmat Rehiring Haram
KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seramai 68 warga asing dalam satu serbuan di beberapa premis yang disyaki digunakan sebagai tempat transit bagi warga negara asing di Serdang, semalam. Turut ditahan dalam serbuan itu dua wanita Malaysia yang merupakan pengurus dan pembantu pengurus syarikat terbabit yang menawarkan perkhidmatan proses Program Penggajian dan Penempatan […]
Kabinet Lulus LRT3 Dengan Kos RM16.63 Bilion
PUTRAJAYA – Kabinet meluluskan pembinaan landasan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dengan kos akhir berjumlah RM16.63 bilion iaitu berkurang sebanyak 47 peratus berbanding kos asal bernilai RM31.65 bilion. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kos terbaharu itu sekali gus menjimatkan sejumlah RM15.02 bilion. “Kos keseluruhan ini bagaimanapun tidak terhad kepada kos Pakej Kontrak Kerja (WPC), […]
Richard Malanjum Ketua Hakim Negara Yang Baharu
KUALA LUMPUR – Tan Sri Richard Malanjum malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini. Malanjum, 65, menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini. Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri […]
Menteri Luar Malaysia, Jepun Bincang ‘Dasar Pandang Ke Timur’, Kemudahan Bantuan Kredit
PUTRAJAYA – Penumpuan semula terhadap ‘Dasar Pandang Ke Timur’ dan mempertimbangkan bantuan kredit mudah dibincangkan pada mesyuarat peringkat menteri Malaysia-Jepun di sini, semalam. Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatnya daripada Jepun Taro Kono, mengadakan pertemuan pertama mereka di Wisma Putra di sini, sebagai susulan terhadap cadangan dan keputusan dibuat semasa pertemuan antara […]
Penurunan Harga Barang Sangat Kecil – Saifuddin
KUALA LUMPUR – Penurunan harga barangan yang rendah menjadi punca rakyat masih belum merasai sepenuhnya pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar sejak 1 Jun lalu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata harga barangan dilihat kekal kerana penurunan harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 […]