Menyatuni warga Pusat Jagaan al-Fikrah.
KAJANG – Aktiviti dakwah yang dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak terhad kepada program berbentuk ceramah sahaja tetapi turut melibatkan program berbentuk kebajikan bagi menyantuni pelbagai pihak terutama golongan kurang bernasib baik. Justeru, pada 10 Julai, YADIM melalui Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM) telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2018 bersama […]
Cecah Usia 93 Tahun, Tun M Ada Hajat Besar!
PETALING JAYA – Siapa sangka Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 93 tahun hari ini tapi masih lagi bertenaga seperti orang muda. Pada usianya itu, beliau sepatutnya berehat bersama keluarga tetapi kembali menjadi perdana menteri buat kali kedua selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu. Malah pada hari istimewanya hari […]
Kerajaan Iltizam Banteras Pornografi Kanak-Kanak
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan usaha membanteras jenayah pornografi kanak-kanak dengan mewujudkan pelbagai kerjasama dengan pihak berkepentingan khususnya pihak berkuasa. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith, berkata isu pornografi kanak-kanak adalah agenda penting untuk diperjuangkan dalam kementerian. “Membanteras kegiatan ini adalah matlamat utama kami. Saya percaya ada kerjasama dengan pihak polis, tetapi […]
Hari Terbuka YADIM dan NGO Islam Johor meriah
JOHOR BAHRU – Pada 8 Julai lepas telah berlangsung program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Bersama NGO Islam Johor yang turut diadakan serentak dengan sambutan Hari Raya YADIM Zon Selatan. Pengarah YADIM Zon Selatan, Muhammad Ammar Abdullah berkata, program berkenaan diadakan bagi merapatkan silaturahim di antara badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Johor dengan YADIM […]
51 NGO Islam meriahkan sambutan Hari Raya YADIM Kelantan
KOTA BAHRU – Kehadiran wakil-wakil 51 badan bukan kerajaan (NGO) Islam memeriahkan Majlis Sambutan Hari Terbuka NGO Islam dan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Cawangan Kelantan pada 8 Julai 2018. Turut hadir dalam majlis yang diadakan di Hotel Crown Garden, Kota Bharu itu, ialah Yang Dipertua YADIM, […]
UEC: Yang Rugi Pelajar Cina Juga
KUALA LUMPUR – Kabinet dinasihatkan supaya meneliti dan menghalusi serta memberi pertimbangan yang betul berhubung usul pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Menyifatkan ia sebagai isu lapuk yang dipolitikkan, Prof Dr Teo Kok Seong berkata, isu ini perlu ditangani dengan rasional dan jujur kerana akan memberi implikasi yang besar kepada sistem pendidikan dan perpaduan negara serta […]
Tiada Lagi Duta Daripada Ahli Politik – Saifuddin
SHAH ALAM – Tiada ahli politik yang akan dilantik menjadi duta selepas ini, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah Beliau sebaliknya berkata, pelantikan duta akan dibuat dalam kalangan pegawai yang berminat serta tahu berkenaan tugas sebagai duta. “Mesti dalam kalangan diplomatik yang terlatih dan mampu menjalankan tugas mereka dengan baik. “Ini juga cara mengelakkan (masalah) […]
BTN Akan Dimansuhkan Tidak Lama Lagi, Kata Syed Saddiq
KUALA LUMPUR – Biro Tatanegara (BTN) akan dimansuhkan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam. “Kita tidak mahu BTN, ia akan dimansuhkan,” katanya pada forum bertajuk ‘Perubahan Landskap Politik dan Aspirasi Belia’ di Sunway University, di sini. Syed Saddiq berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan untuk menutup BTN […]
Al-Quran Pendamping Pelatih AADK
JASIN – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Jasin komited memastikan pelatih dapat pendidikan agama sebaiknya termasuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan pelatih. Ketua Unit Pencegahan dan Publisiti AADK Jasin, Amin Fitri Adnan berkata, menerusi program di bawah Pusat Integrasi Klien (PIK), pelbagai aktiviti dijalankan. “Walaupun mereka pernah terjebak dengan penyalahgunaan dadah, tetapi kita tidak boleh pandang […]
43 PATI Kerja Di Cawangan Peneraju Utama Tekstil Tempatan Ditahan
PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen menahan 43 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di beberapa cawangan kedai peneraju utama tekstil tanah air di sekitar Kuala Lumpur menerusi Ops Mega 3.0 yang dijalankan pada 6 Julai lepas. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata warga asing yang ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen itu terdiri daripada […]