Betulkan Salah Faham Dengan Berhikmah Dalam Suasana Persaudaraan – Raja Muda Perlis

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan umat Islam agar membetulkan sebarang salah faham atau keraguan dengan penuh hikmah dalam suasana persaudaraan sepertimana disarankan Al-Quran. Baginda bertitah tiada alasan bagi sesama umat Islam berpecah belah kerana Al-Quran mengajar agar jangan terlalu cepat menghukum orang lain terutama yang mempunyai fahaman yang berbeza […]

Pencipta Karakter Spiderman Meninggal Dunia Pada Usia 90 Tahun

Pencipta karakter komik Marvel, Steve Ditko ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya yang terletak di Manhattan pada 29 Jun lalu. Steve memulakan kerjayanya pada tahun 60an dengan bekerjasama dengan Stan Lee dan memperkenalkan watak Peter Parker dan Spiderman pada tahun 1962. Dia kemudian memperkenalkan pula tokoh komik Doctor Strange. Kedua-dua karakter itu menjadi filem blockbuster […]

Kuasa Bukan Untuk Memperkayakan Diri – PM

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad mahu penjawat awam mengamalkan nilai mulia bagi menjayakan negara dan tidak menyalahgunakan kuasa dan amanah yang diberikan. Perdana Menteri turut mengingatkan warga pentadbir supaya memiliki keikhlasan dalam menjalankan tugas bagi membolehkan pembangunan negara tercapai. “Tun Dr. Mahathir berkata, pentadbir dalam negara kita memang mempunyai kuasa untuk mencapai matlamat kita […]

Cadangan Tutup Pusat Tahfiz Radikal – YADIM

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyifatkan cadangan untuk memansuhkan institusi tahfiz di negara ini sebagai radikal. Yang Dipertuanya, Dr Yusri Mohamad, berkata pihaknya menolak cadangan itu berikutan institusi tahfiz berkemampuan melahirkan pelajar berkualiti bukan saja dalam agama malah bidang lain. “Kita tidak setujulah (cadangan mansuhkan tahfiz), cadangan itu bunyinya terlalu radikal. “Institusi […]

‘Malaysia Baharu’ Sepatutnya Lebih Baik Daripada Kerajaan Sebelum Ini

KUALA LUMPUR – Malaysia Baharu, label yang kini popular digunakan untuk menggambarkan kerajaan Pakatan Harapan yang baharu selepas pilihan raya umum 9 Mei sepatutnya “pastinya lebih baik” daripada pentadbiran sebelum ini yang memerintah negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. “Malah, Malaysia Baharu adalah penambahbaikan terhadap tempoh sepanjang saya menjadi perdana menteri selama 22 […]

15 NGO Islam kongsi idea

SUNGAI PETANI – Sebanyak 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam menghadiri mesyuarat Halaqah Ilmi di Pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Utara. Eksekutif Kanan Yadim Zon Utara, Zuhri Husin berkata, Halaqah Ilmi diadakan bertujuan sebagai penyelaras gerak kerja dakwah bagi membantu kerajaan dalam isu dakwah serta membanteras gejala kurang sihat dalam kalangan masyarakat. […]

Langkah Segera Tangani Penularan HFMD Di Pulau Pinang

KUALA SELANGOR – Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia telah diarah menjalankan siasatan dan langkah segera bagi mengawal dan menangani jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Pulau Pinang. Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata arahan yang sama turut dikeluarkan kepada semua pengarah hospital di Pulau Pinang. “Bahagian Kawalan Penyakit sedang memberi tumpuan terhadap […]

 Taklimat Khas SPRM Bersama Jemaah Menteri Selasa Ini

PASIR SALAK – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengadakan satu taklimat khas bersama barisan Kabinet serta pegawai tinggi semua kementerian, Selasa ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata beliau difahamkan taklimat yang dijangka diadakan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 9.30 pagi itu, juga akan melibatkan setiausaha politik serta setiausaha […]

10 maut, 73 Cedera Kereta Api Tergelincir di Turki

ISTANBUL – Seramai 10 orang terbunuh sementara 73 mangsa lain cedera, selepas sebuah kereta api tergelincir daripada landasan di barat laut Turki, semalam sehari selepas hujan lebat dan satu tanah runtuh, kata televisyen Turki memetik pegawai Kementerian Kesihatan. Menurut kenyataan kementerian itu, lima gerabak kereta api yang membawa 362 penumpang terbabit tergelincir, ketika sedang menuju […]