Retak Tempurung Kepala, Pendarahan Otak Punca Kematian Adam

SHAH ALAM – Punca kematian bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd Sufi, berusia lima bulan di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, malam kelmarin, disebabkan kecederaan di bahagian kepala. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan […]

CUEPACS Gesa Pembekuan Koperasi Kredit Ditarik Balik

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menarik balik pembekuan Koperasi Kredit untuk manfaat ahli. Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, simpanan melalui Koperasi Kredit adalah selamat dan tidak sewajarnya disekat. “Kami berharap Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK), Datuk Saifuddin Nasution Ismail, mengkaji semula pembekuan […]

JAKESS Cadang SOP Kes Syariah Babit Unsur Mistik

SHAH ALAM – JABATAN Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mahu mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) khas bagi kes syariah membabitkan gangguan makhluk halus dan berunsur mistik di negeri ini. Ia berikutan pemerhatian mendapati berlaku kes seumpama itu di Mahkamah Syariah Selangor, antaranya berkaitan perceraian dan poligami. Ketua Hakim Syarie Selangor, Mohammad Adib Husain berkata, SOP khas […]

Kerja-Kerja Projek ECRL Digantung

KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. telah mengarahkan China Communications Construction Ltd. (CCCC) untuk menggantung semua kerja-kerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berkuatkuasa serta merta. Ia membabitkan kerja-kerja kejuruteraaan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC). MRL telah mengarahkan CCCC untuk menangguhkan semua kerja  EPCC melalui surat bertarikh 3 Julai lalu, antara lain, dengan […]

Reformasi Agensi Agama Islam

PUTRAJAYA – Kesemua 14 agensi berkaitan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan terlibat dengan satu agenda reformasi dalam masa terdekat ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, agenda reformasi itu bertujuan untuk memperbaiki agensi-agensi terlibat termasuk dalam aspek struktur dan objektif organisasi. “Dalam tempoh tiga bulan kita […]

Kuota Haji Negara Tahun Ini Kekal 30,200 – TH

KUALA LUMPUR – Tabung Haji (TH) menafikan laporan sebuah portal berita kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat atau mengurangkan kuota haji rasmi Malaysia pada musim ibadah berkenaan tahun ini. Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Lembaga TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata sebaliknya, kuota haji rasmi negara kekal sebanyak 30,200 seperti tahun lalu. […]

Keizinan Berkahwin Bagi Perkahwinan Bawah Umur Diteliti Semula

PUTRAJAYA – Prosedur keizinan perkahwinan bawah umur akan diteliti semula untuk memberi keadilan kepada semua pihak yang terbabit. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata undang-undang berkaitan perkahwinan bawah umur itu sudah jelas yang mana negara ini menetapkan seseorang yang ingin berkahwin mestilah berusia 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun […]

HARAPAN OKU Berharap Kerajaan Baharu Meratifikasi CRPD

KUALA LUMPUR – Harapan OKU, kumpulan advokasi bagi orang kurang upaya (OKU) di Malaysia, berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meratifikasi sepenuhnya Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) dan Protokol Opsional. Dalam satu kenyataan semalm, kumpulan itu menyatakan bahawa Malaysia telah menandatangani CRPD tetapi menangguhkan sama ada untuk memperakukan mengenai dua daripada artikelnya iaitu […]

Selamat Datang Dan Selamat Bertugas

PUTRAJAYA – Hari ini adalah hari yang amat bersejarah kepada semua agensi agama kerana telah menerima kehadiran Menteri dan Timbalan Menteri agama yang baru. Kehadiran Yang Berhormat Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Yang Berhormat Fuziah Salleh ke Kompleks Islam Putrajaya disambut oleh Ketua – ketua agensi agama dengan penuh hormat. Kelmarin kedua-dua Ahli Parlimen […]

Mahkamah KL Jadi Tumpuan Warga Media Kes Najib Seleweng Dana SRC International

KUALA LUMPUR – Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini, menjadi tumpuan puluhan pengamal media tempatan dan antarabangsa, buat kali pertama bagi mengikuti perkembangan pertuduhan kes penyelewengan dana SRC International bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Seawal 6.00 pagi, pemberita dan jurugambar serta jurukamera dari pelbagai agensi media antaranya sudah mula berkumpul […]