3 Bayi Lemas, 100 Hilang Bot Karam Di Libya
AL-HMIDIYA – Mayat tiga bayi yang lemas ditemui sementara 100 lagi dikhuatiri hilang selepas sebuah bot pendatang karam di luar pantai Libya, hari ini, kata mangsa terselamat dan pengawal pantai. Kira-kira 120 pendatang menaiki bot getah apabila ia mengalami masalah, menurut mangsa terselamat di sini, timur ibu kota Tripoli. Seramai 16 orang diselamatkan, sementara yang […]
Malaysia Tahap Ke 2 Pemerhatian Pemerdagangan Orang – JNAS
PUTRAJAYA – Malaysia belum berjaya mencapai tahap memenuhi piawaian minimum dalam penghapusan pemerdagangan orang, menurut Laporan Tahunan Mengenai Pemerdagangan Orang yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS). Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, laporan yang dikeluarkan pada 28 Jun di Washington, Amerika Syarikat (AS) itu meletakkan Malaysia di Tahap 2 Pemerhatian bagi […]
Peneraju, Pengarah GLC Yang Baharu Tidak Diberi Gaji Tinggi
JAKARTA – Ketua-ketua eksekutif dan pengarah-pengarah syarikat milik kerajaan (GLC) di bawah Kerajaan Pakatan Harapan dipilih dalam kalangan mereka yang betul-betul profesional dan tidak akan dibayar gaji yang tinggi. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah meletakkan pelantikan politik di GLC dengan gaji yang tinggi meskipun mereka kekurangan kemampuan […]
UITM Lakar Sejarah Institusi Pertama Lancar Satelit Nano Ke Angkasa Lepas
SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar sejarah universiti awam di negara ini apabila menjadi institusi pertama membina dan melancarkan satelit nano sulungnya iaitu ‘UiTMSAT-1′ ke angkasa lepas semalam. UiTMSAT-1 dilancarkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menerusi roket kargo Space X Falcon 9 dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida, Amerika Syarikat kira-kira […]
Menteri Baharu Terbabit Rasuah Digugur Serta-Merta – PM
JAKARTA – Menteri dalam Kabinet baharu yang didapati terbabit dengan rasuah dan penyelewengan akan digugurkan serta-merta, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. “Namun jika hari ini mereka terbabit (rasuah) kita akan ambil tindakan menyingkirkan mereka,” katanya dalam sidang media kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatan rasmi dua harinya ke Indonesia, hari ini. Perdana Menteri mengulas […]