Peruntukan Negeri Pembangkang Hanya Ditangguh – TPM
SHAH ALAM – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan dakwaan Kerajaan Persekutuan membekukan peruntukan untuk pembangunan kampung di negeri pembangkang. Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan kepada negeri pembangkang hanya ditangguhkan buat seketika kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. “Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri sudah maklumkan peruntukan kepada negeri […]
Tawaran Kepada Pelajar Cina Masuk Matrikulasi – Maszlee
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan menawarkan 1,000 tempat khas kepada pelajar Cina yang cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada kumpulan berpendapatan rendah B40 ke program matrikulasi sesi 2018/2019. Menteri Pendidikan Maszlee Malik menegaskan bahawa penambahan tawaran khas kepada pelajar kaum Cina itu tidak akan menjejaskan pengambilan pelajar Bumiputera ke program matrikulasi Kementerian Pendidikan. Sehingga semalam, katanya […]
Hilangnya Sebutir Permata Dalam Perjuangan Islam
Pagi ini 14 Syawal 1439H bersamaan 28 Jun 2018M, Warga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mendapat perkhabaran menyedihkan apabila diberitahu tentang Tuan Haji A. Karim Omar yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.05 minit pagi ini. Allahyarham dikenali sebagai seorang yang teguh dalam memperjuangkan Islam daripada awal hidupnya hingga ke akhir hayatnya. Allahyarham amat […]
Tentera Malaysia Di Arab Saudi Akan Dibawa Pulang
KUALA LUMPUR – Tentera Malaysia di Arab Saudi akan dibawa pulang dalam tempoh terdekat, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu. Beliau berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet minggu lalu kerana Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana ideologi politik kuasa besar dunia. “Kabinet membuat keputusan itu (bawa pulang tentera Malaysia) minggu lalu. Kita […]
Jangan Beri Persepsi Negatif Terhadap Ubat Di Klinik Komuniti – Dzulkefly
PUTRAJAYA – Orang ramai diminta agar tidak memberikan persepsi negatif terhadap ubat-ubatan di Klinik 1Malaysia kerana ubat yang disediakan di klinik berkenaan telah dilakukan kajian setara sebelum diberi kepada pesakit. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefli Ahmad berkata, perkara tersebut sudah menjadi kelaziman dalam kalangan ramai dan pegawai perubatan sememangnya mengetahui ubat-ubatan yang sesuai diberikan kepada pesakit. […]
Iguru Tuntut Perkasa Bahasa Melayu, Tulisan Jawi
SEREMBAN – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) cadang Kementerian Pendidikan mewujudkan mata pelajaran Bahasa Melayu standard dan mewajibkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambilnya memperoleh keputusan cemerlang sebagai syarat menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, cadangan itu khusus untuk pelajar dari sekolah swasta Cina dan sekolah […]
YADIM santuni warga emas
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan mengadakan program sempena `Sambutan Syawal Bersama Warga Emas Pusat Jagaan Al-Fikrah’ kata Pengarah Bahagian Pembangunan Ummah (BPU), Norhayati Azmi. Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Kajang, Selangor baru-baru ini. “Lawatan ini diadakan bertujuan membincangkan program-program yang bakal dilaksanakan secara usaha sama […]
Geran RM100 Juta Untuk Negeri Pakatan Harapan
PUTRAJAYA – Pemberian geran sehingga RM100 juta untuk membiayai program-program kesejahteraan dan keceriaan kampung hanya akan diberikan kepada negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH). Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun berkata, bantuan berkenaan akan memberi manfaat kepada 10,000 kampung di negeri PH daripada 16,481 kampung di seluruh negara. “Buat masa sekarang ia tertakluk […]
KASYFI Sarawak eratkan ukhwah Sahabat YADIM
KUCHING – Kembara Sahabat YADIM Aidifitri (KASYFI 2018) peringkat Negeri Sarawak telah berjaya diadakan pada 23 dan 24 Jun 2018 lalu, melibatkan 15 ahli-ahli Sahabat YADIM dari negeri berkenaan. Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Zamani Mohd Karulani berkata, KASYFI yang telah diadakan sejak tiga tahun Lepas sememangnya menjadi program penyatu dan menyantuni ahli-ahli Sahabat YADIM […]
Tidak Ada Individu Yang Menjadi Mangsa Cacing Dalam Sardin
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan sudah mengambil tindakan kawal selia ke atas jenama sardin dari China yang dilaporkan mengandungi cacing, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, tidak ada individu yang menjadi mangsa selepas termakan sardin berkenaan. “Tidak ada orang yang menjadi mangsa. Cacing yang terdapat di dalam sardin itu sudah mati […]