Rakyat Harap Kerajaan Baharu Titik Berat Soal Jalan Di Sabah
TAWAU – Jalan berlubang, berlopak, tidak sekata dan mendap serta tiada lampu jalan adalah pemandangan biasa di jalan-jalan kawasan luar bandar khususnya di kawasan pantai timur Sabah. Pengguna jalan raya di kawasan berkenaan sudah lali dengan keadaan itu, namun berharap pentadbiran baharu kerajaan negeri akan menitikberatkan soal infrastruktur asas seperti jalan raya di luar bandar […]
Kerajaan Bina Rangka Kerja Untuk Kanak-Kanak Terbantut Bersama UNICEF
PUTRAJAYA – Kerajaan bersama Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mencapai persetujuan untuk membina satu kerja khusus untuk pembangunan kanak-kanak terbantut di Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Wan Azizah berkata rangka kerja Hala Tuju Kesejahteraan Kanak-Kanak itu akan memberi fokus melibatkan program-program pembangunan kanak-kanak kurang bernasib baik bagi […]
‘Tiga Jam Masih Tidak Tahu Apa Berlaku’
KANGAR – Rata-rata penumpang feri yang terkandas hampir tujuh jam di perairan Kuala Perlis malam tadi berang apabila mereka tidak dimaklumkan lebih awal mengenai kejadian tersebut sehingga menyebabkan suasana menjadi panik. Seorang penumpang, Hisham Yaakob,40, berkata, dia memahami kejadian seumpama itu adalah sesuatu di luar jangkaan tetapi para krew terutama kapten feri berkenaan perlu memaklumkan […]
Aidilfitiri bukan hari berpesta
Oleh A. Ghani Ahmad Sebaik-baik terbenam saja matahari akhir bulan Ramadan, maka muncullah satu Syawal dan tibalah Aidilfitri yang dinanti-nanti. Dengan tibanya saat bahagia itu bergema kembalilah suara takbir dan tahmid memenuhi ruang angkasa : Allahhu Akhbar, Allahhu Akhbar, Allahhu Akhbar Walillahilhamd. Lebih dari satu billion umat Islam di seluruh dunia merayakan hari kejayaan mereka […]
Menyantuni masyarkat Orang Asli Ulu Lawin
SUNGAI PETANI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara meneruskan komitmen dalam menyantuni masyarkat Orang Asli dengan menjayakan satu program Nahnu Ma’akum di Kampung Orang Asli Ulu Lawin, Perak, baru-baru ini. Pengarah YADIM Zon Utara, Hafsah Husain berkata, pihaknya sememangnya sentiasa berusaha mendekati masyarakat Orang Asli yang beragama Islam di kawasan berkenaan terutama dalam […]
Khidmat komuniti YADIM Sabah
KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah telah melaksanakan program `Khidmat Komuniti YADIM’ di Surau Kampung Suanogan, Kinarut, baru-baru ini. Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki berkata, program itu diadakan bagi mendekatikan YADIM dengan masyarakat setempat di samping membantu surau-surau kecil untuk dibersihkan sebagai pusat ibadah penduduk setempat. “Biarpun, ini adalah usaha kecil namun […]
Jasa polis bantuan diberikan penghargaan.
SUNGAI PETANI – Jasa seorang polis bantuan, Zaidi Salleh yang menyelamatkan seorang wanita daripada mati lemas selepas terjun dari Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS) pada 18 April lalu, diberikan penghargaan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Sumbangan dan sijil penghargaan itu telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Zon Utara, Hafsah Husain dalam satu majlis ziarah yang […]
Penempatan Pasukan ATM Di Arab Saudi Dinilai Semula
KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menilai semula keputusan kerajaan terdahulu yang menempatkan satu pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Arab Saudi bagi tujuan siap siaga untuk evakuasi rakyat Malaysia di Yaman. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata Malaysia sama sekali tidak pernah terlibat dalam operasi menyerang Yaman, yang merupakan sebuah negara Islam. Beliau berkata kehadiran ATM […]
Harga Jalur Lebar Akan Turun Sekurang-Kurangnya 25%
KUALA LUMPUR – Harga jalur lebar tetap di Malaysia dijangka turun sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo. Gobind berkata penurunan itu susulan pelaksanaan Piawaian Mandatori berkaitan Harga Akses (MSAP) yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 8 Jun. “Pihak-pihak yang terlibat masih dalam perbincangan […]
SPRM Terima Banyak Maklumat Kes Jerung
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akui menerima banyak aduan kes skandal dan penyelewengan ‘jerung’ dalam jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, sehingga menjelang Aidilfitri baru-baru ini SPRM didatangi orang ramai termasuk kakitangan dalam jabatan-jabatan kerajaan dan GLC tampil mendedahkan penyelewengan yang disembunyikan selama ini. […]