Tiada lagi ‘rumah sarang burung’
KUALA LUMPUR – Dasar Komuniti Negara yang akan dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pada Ogos ini mungkin mencadangkan tempat kediaman yang lebih besar kepada golongan miskin, kata menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata cadangan yang bakal dibuat adalah menambah keluasan saiz rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada 900 kaki persegi daripada 600 […]
MYNIC sedang selesaikan masalah teknikal .my
KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa masih berusaha mencari penyelesaian untuk membetulkan isu alamat web .my yang menyaksikan laman-laman tempatan tidak dapat diakses pagi ini kerana masalah teknikal. Dalam satu tweet, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, beliau dimaklumkan mengenai masalah pemecahan alamat .my itu dan MYNIC, pentadbir tunggal untuk alamat web yang […]
Tabung Harapan dijangka bayar hutang lebih awal
KUALA LUMPUR – Walaupun jumlah yang dikutip oleh tabung amanah, Tabung Harapan Malaysia (THM), agak kecil berbanding jumlah hutang negara yang melebihi RM1 trilion, sumbangan itu mungkin digunakan untuk membayar hutang pada tarikh yang lebih awal. Ketua Ekonomi RHB Research Institute Sdn Bhd, Peck Boon Soon, berpendapat dana itu mungkin menyumbang kepada faedah bon […]
Usahawan Malaysia wajar manfaatkan pasaran serantau
KUALA LUMPUR – Usahawan Malaysia mesti belajar membuat impak yang lebih luas dengan melebarkan peniagaan mereka ke pasaran antarabangsa, kata Pengerusi Eksekutif Qi Group, Datuk Seri Vijay Eswaran. Mereka tidak harus bersikap selesa dengan hanya menjalankan perniagaan dalam pasaran tempatan, memandangkan penduduk negara hanya seramai 30 juta dan tidak mencukupi untuk mengekalkan perniagaan mereka […]
“Nur” dapat sentuhan JAKIM
Kuala Lumpur – Shahrulezad Mohameddin, pengarah drama bersiri popular yang mendapat tempat di hati peminat, ‘Nur’, berkata, skrip drama itu dirujuk terlebih dahulu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). “Masa saya dapat projek ni dulu, TV3 tanya dengan saya: ‘Abang nak sentuh macam mana?, baik kita communicate dengan JAKIM macam mana’.” “JAKIM beritahu kami Do’s […]
Ketua Taliban Pakistan maut dalam serangan di Afghanistan
Kabul – Pemimpin Taliban Pakistan, Mullah Fazlullah dilaporkan maut dalam serangan dron di wilayah Kunar, Afghanistan, kata Kementerian Pertahanan. “Saya mengesahkan Mullah Fazlullah, ketua Taliban Pakistan terbunuh dalam serangan bersama Amerika Syarikat (AS) di sempadan Marawera di wilayah Kunar,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Afghanistan, Mohammad Radmanish, sambil menambah serangan dilakukan kira-kira jam 9 pagi […]